Mengenal Bahrudin Bekri hanyalah melalui karya-karyanya. Bertentang mata pun hanya sekali, itupun semata-mata inginkan autograf ketika Pesta Buku yang lepas. Karya beliau seperti Dunia Ini Sederhana Kecil, Di Mana Terangnya Bulan, Kita Hanya Di Seberang jalan dan Diari Mat Despatch ternyata tidak mengecewakan.
Santai dan melucukan tetapi bukanlah kosong semata-mata... Penuh dengan warna-warna kehidupan dan falsafah...
Apa kaitan Bahruddin Bekri dengan tajuk entri di atas? Sebelum ini aku dengan En Bahruddin memang tiada kaitan langsung... apatah lagi jadi saudara dia... Kaitan En Baharuddin dengan aku wujud bila aku memiliki novel Dunia ini Sederhana Kecil, Kita Hanya Di Seberang Jalan dan Diari Mat Despatch (penulis + pembaca) hehehe
Ketiga-tiga novel ini menceritakan tentang seorang graduan yang bergelut dalam mencari pekerjaan tetap dan dalam masa yang sama menempuhi kehidupan yang sering KITA lihat dalam dunia realiti...
Dan ketiga-tiga novel ini mengembalikan nostalgia aku pada satu tempoh masa bermula tahun 2003 - 2006 ketika mana baru bergelar graduan dan menyertai graduan lain memburu pekerjaan...
Mengembalikan kenangan pahit dan manis aku ketika memburu pekerjaan. Terpaksa menipu semasa temuduga kerja 'Pak Guard' di K4 Mid valley hehe, Tak dapat gaji semasa jadi promoter biskut tiger kat Jalan Klang Lama, buat part time jadi 'pak guard' di Taman Bunga Raya K.L (malam2 pegi tido jer) hehe dan jadi ejen insurans satu pekerjaan yang memerlukan semangat...
Apa yang nyata, novel-novel ini telah menyuntik falsafah kehidupan untuk aku.....
Sinopsis belakang buku: Dunia Ini Sederhana Kecil
Kata perempuan berlesung pipit, "Cinta itu umpama menunggu bas. Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai. Sekiranya tidak, kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita. Sebab itu saya masih menggunakan kereta."
Kata Riduan pula, "aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."
Kata ibu, "Hidup manusia ini seperti roda. Kadangkala di atas kadangkala di bawah. Tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada jalanan itu berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang-padang rumput yang indah."
Lelaki gempal kata, "Hidup manusia juga seperti tingkap. aAabila tingkap itu ditutup, maka manusia tidak dapat hidup kerana tiada ruang dan peluang."
Kata lelaki muka berminyak pula, "Pelangi, warnanya bukan hanya hitam dan putih. Begitu juga dengan hidup."
Jumpa Lagi...
*** Hidup Ini Indah***