Monday, October 28, 2013

Kad Perubatan Cuepacscare

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman menggunakan Kad Perubatan Cuepacscare baru-baru ini. Pengalaman yang saya rasa boleh membantu rakan-rakan tentang kepentingan Kad Perubatan terutamanya rakan-rakan penjawat awam. 

Melalui Cuepacs, satu pelan perlindungan dan pakej kad perubatan telah diperkenalkan khusus kepada semua kakitangan awam. Rakan-rakan boleh rujuk laman ini di cuepacscare. Penerangan yang lebih jelas dan terperinci boleh diperolehi.

Kita sering mendengar kata-kata  "malang itu tidak berbau" dan juga "sakit itu hadir tanpa amaran". Benar... kita tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Tapi apakah persediaan yang telah kita buat? Bukan untuk kita semata-mata tapi juga untuk keluarga kita?

Saya bernasib baik kerana diberi lintasan hati untuk memiliki Kad Perubatan Cuepacscare sejak tahun 2008 lagi. Itulah salah satu dari persediaan saya di saat genting jika diperlukan. Sebanyak RM 40 telah dipotong melalui gaji saya dan langsung tidak saya pedulikan selepas itu. Hanya sekeping kad yang saya terima dari Cuepacscare sentiasa saya bawa di dalam beg duit saya. 

Kesakitan kepala yang saya alami selama 2 minggu di hujung bulan Ogos 2013 rupanya bukan sakit yang biasa saya fikirkan. Saya telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta di Jalan Klang Lama. Saya disahkan terkena penyakit sinus dan telah berlaku jangkitan kuman di bahagian belakang kepala dan telinga. Saya dinasihatkan oleh doktor untuk membuat pembedahan kecil bagi membuang sinus dan kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM 16000.

Saya terkejut dan saya bertanya jika saya ada pilihan lain. Doktor kata jika tidak buat pembedahan berkenaan, saya perlu sentiasa memakan ubat dalam tempoh yang lama bagi menghilangkan sinus. Memandangkan kos yang saya rasa amat tinggi bagi saya, saya bertanya jika saya ada pilihan lain dan doktor mencadangkan saya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Tapi pembedahan di hospital kerajaan pastinya akan mengambil masa yang lama memandangkan bilangan pesakit yang begitu ramai.

Pihak hospital swasta berkenaan bertanyakan saya sekiranya saya memiliki insuran atau kad perubatan dan saya memaklumkan yang saya mempunyai Kad Perubatan Cuepacscare yang saya tahu hospital swasta ini adalah salah satu daripada panel Cuepacscare. Pihak hospital terus berhubung dengan Cuepacscare dan saya telah dimasukkan ke wad selama 5 hari. Pembedahan kecil yang mengambil masa 4 jam telah berjaya dijalankan oleh doktor pakar E & T. Itulah salah satu kelebihan hospital swasta apabila tidak perlu berhadapan dengan temujanji yang lama dalam mendapatkan rawatan dan pembedahan.

Selepas pembedahan, hanya satu perkara yang masih saya bimbangkan. Berapakah bayaran yang tidak dilindungi oleh Cuepacscare yang saya perlu bayar. Sebelum pembedahan, doktor yang terlibat telah memaklumkan kepada Cuepacscare yang pembedahan ini hanya melibatkan kos yang ditanggung oleh Cuepacscare sahaja.

Memang cuak apabila berhadapan dengan situasi ini . Bil dari pihak hospital saya telah terima dan... Alhamdulillah... dari RM 16800 yang dikenakan oleh pihak hospital, saya hanya perlu membayar sebanyak RM 3++ sahaja. Saya sekali lagi mendapatkan rawatan susulan (rawatan selepas pembedahan) di hospital swasta ini dan sebanyak RM 800 telah dikenakan kepada saya. Sekali lagi saya bernasib baik, kos ini juga turut ditanggung oleh Kad Perubatan Cuepacscare. Cuma saya perlu bayar dahulu dan buat tuntutan balik dengan Cuepacscare. 

Hasil dari pengalaman ini saya ringkaskan Kad Perubatan Cuepacscare seperti berikut :

1. Sesuai untuk mereka yang mahukan rawatan di Hospital Swasta dengan kos yang paling minimum.
2. Mempunyai banyak panel di seluruh negara cuma tidak segah panel hospital bagi Prudential.
3. Mudah untuk berurusan dengan Cuepacscare walau melalui telefon (setakat ini).
4. Urusan Hospital dengan Cuepacscare kadang-kadang memerlukan kita membayar deposit dalam jumlah tertentu. Pada mulanya saya diminta membayar deposit RM 4000 kepada hospital sebagaimana yang terkandung dalam 'Guarantee Letter'yang dikeluarkan oleh Cuepacscare bagi menampung kos yang tidak ditanggung oleh pihak Cuepacscare. Saya berjaya berunding dengan pihak hospital berkenaan dan hanya perlu membayar RM 250 sahaja.





Saya tidak berniat untuk mempromosikan kad ini bagi mendapatkan keuntungan. Langsung tidak mendapat komisen pun. Cuma saya ingin berkongsi sebuah pengalaman dalam menggunakan Kad Perubatan Cuepacscare ini. Terpulang kepada rakan-rakan untuk membuat pilihan. Setakat ini saya mempunyai 2 Kad Perubatan untuk perlindungan saya dan keluarga. Saya seperti rakan-rakan juga yang mahu memberikan yang terbaik untuk saya dan keluarga.


m@tmin
28.10.2013
Jln. Klang Lama






84 comments:

  1. cuepacscare mmg terbaik la..sy br je guna ins sy last week utk ank sy..kos yg dikenakan RM 4k lbh tapi hanya perlu byr amaun x smpai RM 50.wlaupun amaun bayaran bulanan hanya 40 lbh tp mmg berbaloi..

    ReplyDelete
  2. Puan anak puan sakit ape? Saya ada pakai jugak tp xpenah guna lg...tq

    ReplyDelete
  3. Anak sy kena demam virus 'rota' awal tahun 2014. 4 hari xmkn & minum susu. Hantar Hptl kjn kata xde apa2. Masa tu duit pn dah kering maklum awal bulan dgn byrn 3 org yg bersekolah. Mmg risau dan cemas, sy htr ank ke hptl swasta n sy tunjukkn kad cuepacs care alhamdulillah hptl terima. Dari rm800++ sy kena byr rm60 je..mmg lega rasanya. Skrg dah naik rm70 sekeluarga, xpe pejam mata aje.

    ReplyDelete
  4. Naik lg cuepacscare punya caruman. Bole check slip gj bulan 8

    ReplyDelete
    Replies
    1. semenjak company sunlife@yahudi ambik... dah naik 2 kali dah... tahun depan akan naik lagi...

      memang style yahudi punya business

      Delete
  5. Masa mohon rm48, potongan pertama rm60 @june 2014 n now potongan tiba2 naik jd rm85. Jgn naik lg sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Saya wakil Cuepacscare di Putrajaya
    019-6648700 arizam

    ReplyDelete
  7. rm85? individu ke family? tadi ada wakil dr cuepacs care datang.depa bagitau plan family rm185 sebulan. plan individu rm135. Pelik juga saya kerana jauh sangat beza dengan payment tu dengan tuan puan.dh jadi serba salah ni samada nk ambil atau tak.

    ReplyDelete
  8. says wakil ceupacscare di pulau pinang 0124527254 shashi

    ReplyDelete
  9. Setakat ni saya bayar RM 85 untuk Ceupacscare. Beberapa bulan lepas saya ada mendapat penerangan dari seorang ejen berkenaan bayaran Ceupacscare RM 185 untuk family plan. Apa yang saya faham, ejen berkenaan jual 2 insurans sebenarnya. 1 adalah CeupacscareRM 85 dan satu lagi adalah Life insurans RM 100. Jumlah kedua-duanya adalah RM 185. Saya juga telah bertanya berkenaan perlindungan. Ceupacscare RM 85 cover 1 family manakala life insuran RM 100 hanya cover inidividu sahaja. Mungkin itu yng dimaksudkan oleh Anony Sept. 25 September 2014.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. baru2 ni sya ada ambik insuran ni.. sya difahamkan dengan bayaran bulanan RM185 itu adalah, RM85 adalah insuran dan RM100 tu adalah simpanan, selepas 20 tahun potongan RM100 tersebut akan dihentikan dan dalam masa yg sama insuran kita diteruskan dengan bayaran RM85 sebulan. pihak insuran akan serah balik simpanan tersebut melalui cek, option lain ada untuk hentikan simpanan RM100 tersebut dalam tempoh minima 6 tahun. sya tidak pernah mnggunakan kad nie.. just nk tye. proses pihak hospital untuk make sure insuran cover atau x tu lama x?

    ReplyDelete
  12. boleh mintak dividen tau.. cuba tanya agent terdekat anda..

    ReplyDelete
  13. Takaful cuepacs care x ada agent...sila jangan berurusan dengan individu yg mengaku agent...kalau nak yang betul2 punya takaful cuepacs care ini sila lawati laman web cuepacs care..dari situ ada cara bagaimana nk mohon...terus melalui HQ di Klang...BUKAN MELALUI AGENT

    ReplyDelete
  14. http://www.cuepacscare.my/

    Masuk situ,download borang,isi dan hantar..tarak pakai agen punya..

    saya pun ambil utk satu family

    ReplyDelete
  15. Nk tnya pasal kad medik ni.... sy di pendang kedah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hubungi saya di
      019.3895582 - whatapps

      Delete
    2. Medikad Pejawat Awam cover satu family 100 k setahun satu keluarga. 019-4817048

      Delete
  16. ASSALAMUALAIKUM. Tuan, jika nak pelan perlindungan takaful di bawah AIA PUBLIC TAKAFUL dengan memiliki medikal kad serendah RM70 SEBULAN yang akan cover kos rawatan perubatan sehingga RM100K SETAHUN dan tiada limit seumur hidup, boleh pm saya di 0132461965 ( CIKGU AIMAN ). Saya sedia membantu anda.

    ReplyDelete
  17. ASSALAMUALAIKUM. Tuan, jika nak pelan perlindungan takaful di bawah AIA PUBLIC TAKAFUL dengan memiliki medikal kad serendah RM70 SEBULAN yang akan cover kos rawatan perubatan sehingga RM100K SETAHUN dan tiada limit seumur hidup, boleh pm saya di 0132461965 ( CIKGU AIMAN ). Saya sedia membantu anda.

    ReplyDelete
  18. As salam tuan.
    saya dah baca cerita tuan ni.. simptom tuan ni sama dengan simtom suami saya.Saya nak tnya, kalau buat rawatan pesakit ke H.Swasta, adakah insuran cover @ perlu bayar sendri(means insuran tidak cover)..Ms tuan check up ritu kene bayar tak

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. tudungsyerida : setahu sy, medical card akan cover semua bil hospital kita jika masuk wad(rwtn utk penyakit,dialisis,kanser & kemalangan sahaja) (http://www.cuepacscare.my/kad_cuepacscare.html)
    dan utk rwtn pesakit luar (rwtn utk dialisis,kanser & kemalangan sahaja).Cuma had sekali guna ialah Rm20k, maxsimum limit RM40K/ individu @ RM60k/family.

    ReplyDelete
  21. cimb nye insuran aku tak tau tapi insuran cuepec great eastern gela tu penipu besar aku sendiri yang terkena. biro perantara bank negara pun sama, cam lepas tangan je, elok ada tribunal macam tribunal pengguna. gela ni akan cari pasal untuk mengelakkan pencarum buat tuntutan. saya pengidap penyakit kanser darah kronik. nasib allah nak panjangkan umur walaupun tahu jangka waktu nya terhad. kalau setakat rm300.000 kos rawatan lebih baik duduk hospital kerajaan. insuran mengelak nak bayar. insuran akan cari penyakit2x yg dulu2x walaupun penyakit tu dah tak de. lembaga penentu insuran pun tak rujuk kepada hospital pakar. kalau tak bayar pun tak pe tapi pulangkan semua caruman pelanggan. dah lah hidup dgn hasil duit pencarum, malu la sikit. takde maruah punya insuran. kalau setakat kakitangan kerajaan saya nasihatkan tak perlu ambil insuran. kerajaan dah tanggung. kalau takat penyakit kronik insuran mengelak nak bayar, dia akan lawan habis-habisa sebab dia tau kita nak mati. kepada kakitangan insuran sedar-sedarlah sikit, carilah kerja lain. dulu aku pun terlibat dgn sykt insuran. aku tau penipu dier. siapa yg banyak menafikan tuntutan pencarum. kpi dier akan meningkat, pangkat pun naik cepatkan. ingat nama aku mohd zulazly, aku tinggal dlm hospital kanser darah kat pandan mewah ampang selama 1 tahun 4 bulan, org yg paling lama kena kimo jenis agresif. aku akan cuba halang pihak insuran dari menipu kakitangan awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul baru ni saya terpaksa byr sendiri kos wad/rwtn pakar kpj 2k lebih coz cuepacscare x nak bgi GL.

      Delete
    2. Ya ...Saya pun dah terkena. Sy Bekas pesakit Kanser tiroid. Masa sign agreement ...Kata blh jer sebagai pencarum utk cover sendiri n keluarga. Bayar dah 2 tahun...smlm BP rendah sgt...doc klinik Minta g hosp utk masuk darah. Dah sampai hosp Kpj ...permohonan X lulus sbb Ada sejarah penyakit....yg X declare Kat cuepaccare... Hbs rm880.. dgn rwatan2 awal kat kpj tu

      Delete
    3. Sebijik kes saya ni. Baru berlaku 2 hari lps. Kos saya duduk kpj semalaman dan masuk darah serta consultation doctor 3k lbh kena byr sendiri. Cuepacs care tak check pun history perubatan dgn klinik or doctor, tau² je dia decline sbb dia ckp sy mmg pnh ada simptom sblm amik polisi. So fikir² kan la kalau nak amikkkk

      Delete
  22. Replies
    1. Hubungi saya, melalui wasap 0138228302. Terima kasih.

      Delete
    2. premium dekat rm 100..tetapi coverage memang useless...better buy aia investment medical card...ada saving dan voverage tinggi...less than rm 150 monthly

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  23. wakil di kedah ada tak?

    ReplyDelete
  24. Takaful CuepacsCare tidak mempunyai agen seperti takaful dan insurance lain. Kami hanya mempunyai wakil pemasaran yang menjalankan taklimat dan kaunter pertanyaan. Setiap wakil pemasaran akan diberikan sijil/waran khas untuk mempromosikan CuepacsCare ini kepada penjawat awam sahaja.

    Jangan tertipu jika sumbangan bulanan adalah selain RM32.00 SEBULAN (INDIVIDU) ATAU RM85 SEBULAN (KELUARGA)

    Hubungi kami di ibu pejabat untuk pengesahan lanjut...
    Tiada program lain selain CuepacsCare dan CuepacsPA

    Saya adalah Pegawai Pemasaran CuepacsCare Malaysia dari ibu pejabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole sy daptkan info dari tuan. Boleh sy minta email tuan

      Delete
    2. Berapa Lama proses untuk dapat kad medical ye...

      Delete
  25. En.Ramli sy br di datangkan dgn cuepac great eastern dgn byrn bulanan rm44..adakah program ini betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceupac great eastern ni betul tp susah utk berurusan.call pjbt xpernah dpt.sijil pun dia tak bagi.2 thn masuk, baru cancel.cancel pun sbb agen dia dtg promote lagi.utk ceupacscare pun sy langgan,setakat ini ok.sy dah beberapa kali claim utk elaun harian hospital.harga sgt murah bagi penjawat awam bergred rendah.

      Delete
    2. Saya pun sama masuk ceupacs great eastern.ada kah betul tu

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. saya pula telah didatangi cuepacs yang memperkenalkan program Medikad, dan program ini mcm ditambahbaik...tapi nak tengo bekerkesanan dia juga, siapa yang pernah berurusan dengan Medikad ni...

    ReplyDelete
  28. Gron Enit? Saya pernah tnya beberapa org yg buat promo berkenaan medikad. Mostly dorang jwb "ye. Cuepac yg dah ditambah baik" tetapi ada sorang lagi yg beri jwpn yg saya rasa jujur 'medikad bukan under cuepac tetapi RHB khas utk penjawat awam'. Medikad nmpak bagus juga. Cuma belum ramai yg boleh buat review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada org dtg ofis. Katanya dia dr quepacs, duk cerita padal medikad ini lah. Dia kata yg ni tak sama dgn cuepacs care. Saya pn pening.

      Delete
    2. Medikad Pejawat awam cover satu family 100 k setahun. Hospital panel lebih banyak. Coverage lebih tinggi -019-4817048

      Delete
  29. Allahuakbar..suami sy baru meninggal dunia..hr tu dia nk buat pbedahan mata di hosp swasta..tp ragu2 sb kos tggi takut x ckup duit..dia pun sy rsa ada msalah sakit kpala n resdung rsanya mcm sinus tu kot..tp dia x pnah guna cuepac care ni..sdgkn dia bayar tiap bulan sejak 2008..sedihnya..klu la dia p check up awal kat hosp swasta mgkin dia blh dselamatkn..����

    ReplyDelete
  30. ceupac care ni insuran ke takaful?? patuh syariah tak??

    ReplyDelete
  31. Hai nak tnya sy dah daftar cuepac Care bulan 7 tahun ni...dan di maklum dari wakil cuepac Care sy akan dapat Kad bulan 10 tp sampai sekarang blm terima cmne yer sy nak buat semakan.

    ReplyDelete
  32. Klu masuk Hosp. Swasta pemegang cuepacs Care kena byr dlu kemudian claim atau automatic insurance cover..

    ReplyDelete
  33. Saya wakil pemasaran mycuepacs care Dan cuepacsPA...Boleh hubungi saya 0103302364 kawasan melaka,ng.sembilan dan muar...utk medikal kad yg khas utk kakitangan kerajaan byk syarikat insuran buat...jadi buatlah pilihan bijak...dari pihak insurans kami medical card rm32 individu dan rm85 keluarga...cuepacsPA rm6 plan A dan rm12 plan B...terima kasih

    ReplyDelete
  34. Replies
    1. boleh wasup saya 0139142706/0162032016 area k.trg..setiu..besut..kota bharu..saya wakil pemasaran yg sah cuepacsCare n cuepacsPA

      Delete
  35. Hai, saya wakil pemasaran area Selangor. Mycuepacscare iaitu medical card individu RM32 dan sekeluarga RM85. CuepacsPA iaitu pelan kemalangan diri RM6 dan RM12 sahaja sebulan. Boleh contact saya 0192223283 Rafidah.

    ReplyDelete
  36. Salam semua.. sy Halina wakil pemasaran mycuepacscare area ipoh, dan berdekatan tanjung malim.. boleh hubungi sy utk pertanyaan dan permohonan di 0133174026.. terima kasih..

    ReplyDelete
  37. Mmg celaka insuran ni
    Sya kemalangan pensan pegi kpj tungu dari pkl 2 ptg...pkl 9 mlm dia bg tau x bole kluar GL sbb sya ada penyakit yg tak cover..3 kali ins call minta info..sib baik masih bole beckp...stupid punya ins..buang duit buang masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul baru ni saya terpaksa byr sendiri kos wad/rwtn pakar kpj 2k lebih coz cuepacscare x nak bgi GL.

      Delete
  38. saya baru ni dimasukkan ke wad kpj penang kerana bila berjalan dan bawa kereta rasa mcm nak pitam.dalam 2 minggu jugalah tanggung derita.dah tak tahan saya pergi kpj.doktor pakar tahan saya utk mri.yg sedihnya cuepacscare tak nak bagi gl.so terpaksa lah bayar sendiri kos rawatan 2k lebih masa keluar wad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah..sekarang ni cuepacscare under Z*r**h mmg susuah sikit kot nk claim x mcm sblm ni. Anak baru je masuk ward ni tp Cuepacscare decline..ni kalau x boleh claim mmg ajak kwn2 terminate je lah! Tp bile promote baru ni berkobar-kobar je critenye..

      Delete
    2. Boleh bg panduan nak terminate

      Delete
  39. Nasib sy pu sama. Gl sy pun ditolak smlm bila masuk hospital pantai bp. Laporan ujian darah sy konon sy normal sdgkn sy kena bronkitis. Sedih sgt mencarum 10 dn tak pernah guna tiba2 gini jadinya. Lps ni mmg nk tukar kpd insurans lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takut jadi mcm ni lah.. saya start masuk bermula 2006 2007 klu x silap.. kita masuk insuran tujuan nk jimatkan kos rawatan bila kecemasan..

      Delete
    2. Sila upgrade ke Medikad Pejawat Awam . Cover 100 k setahun.019-4817048

      Delete
  40. Saya pn sama.. Suami demam panas pergi hospital penawar tp ckp GL hanya dikeluarkan time office hour.. So rawatan time tu kena bayar duit sndri.. Call cuepacs katanya nk bukti xrauly n darah baru boleh kuarkan GL sdgkn poliklinik penawar dh kuar kn srt utk masuk ward.. Mcm2 alasan lah cuepacs ni.. Mmg xbley pkai.. Rugi je byr bln2

    ReplyDelete
  41. Saya dah dh ada kad cuepacs care ni.. tapi x taw gunq.. klu p kt hospital kerajaan lambat n dh byk kali p klinik doktor cakap ada dalam darah ada kuman.. tapi doktor bg ubat antibiotik pastu balik.. cam tu lah seterusnya.. dalam setahun tu kerap juga la kena dalam 2 3 kali..

    Nak p swasta plak kalau kita check x masuk hospital dah kena bayar coz rawatan.. allahuakbar..

    Tak taw la cam mna nk buat..

    Saya slalu p klinik Shah Alam sek 7.. ubat pun slalu abis kena beli sendiri allah...

    Nk baik punya pasal kena beli la.. tapi tu la badan ni dedar 5 6 hari.. smp nk pergi kerja pun terjejas.. suhu check klu demam 38.4'c kdg 39.'C..

    Ambik darah pun dah banyak kali keputusan sama kuman dalam darah..

    Patut ka saya kena tahan wad.. n hospital x de ke sejarah sakit kita ni.. dah maklum tapi kecewa jawapan...

    Mengeluh kat sini la sambil buat research dlm google..

    Mungkin ujian Tuhan atas kesilapan Lalu.. Wallalualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba ambil rawatan altenatif seperti homeopati/ color vibration terapi di samping mengambil ubat yg dibekalkan hospital.

      Delete
  42. Ye ke..saya pun suspek jangkitan sinus.dan saya ahli ceupacs care.admit wad sbb sinus td tp insuran decline.saya kena bayar sendiiri semua kos rm2k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh share tak decline sbb apa. Sbb kes sy pun decline. Geram sy. Byr bil sndiri 3k lbh

      Delete
    2. Da la kena byar sndiri, tanya cuepacs care blh claim tak, dia ckp tak boleh jugak

      Delete
  43. Saya baru setahun dengan cuepacscare rm135 sebulan untuk satu keluarga. Antara medical kad termurah..AIA rm 519 sebulan sbb tu jika kita nk claim agak susah jika kita mempunyai masalah lama. Dr di hospital swasta juga maklum antara tersusah. Tapi jika kena cara insyaAllah mudah. Suami mohon gL untuk appendiks alhamdulillah lepas dengan kos RM12k. Untuk memohon, pihak hospital perlu menyediakan result darah terlebih dahulu dan sangat bergantung kepda jenis penyakit. Bagi kes suami saya, Alhamdulillah kelulusan diberi dalam masa 2 jam dari tempoh permohonan. Nasihat saya fahami polisi dengan baik supaya kita faham apa yg boleh dituntut.Untuk cuepacscare, kita tak boleh sewenang2nya menaiktaraf bilik, sbb kita akan terpaksa membayar 20% dari jumlah kos semua dan bukan hanya tambah bayar pada bilik yg kita ambil. Sila hati-hati.

    ReplyDelete
  44. Insurans paling celaka. Doc apply lagi 3 hari nak operate tp cuepacs xluluskan dgn alasan nak siasat dulu takut penyakit nie dah lama. Kos kat hospital pantai 6-7k doc nak operate cepat sbb dah bernanah tp dia boleh kata nak siasat ??? Tempoh siasat 1-3 bulan. Kau rasa pesakit boleh tahan ke ?? Xpayah la amik cuepacscare nie mmg mengarut !!

    ReplyDelete
  45. Insurans paling celaka. Doc apply lagi 3 hari nak operate tp cuepacs xluluskan dgn alasan nak siasat dulu takut penyakit nie dah lama. Kos kat hospital pantai 6-7k doc nak operate cepat sbb dah bernanah tp dia boleh kata nak siasat ??? Tempoh siasat 1-3 bulan. Kau rasa pesakit boleh tahan ke ?? Xpayah la amik cuepacscare nie mmg mengarut !!

    ReplyDelete
  46. Insurans paling celaka. Doc apply lagi 3 hari nak operate tp cuepacs xluluskan dgn alasan nak siasat dulu takut penyakit nie dah lama. Kos kat hospital pantai 6-7k doc nak operate cepat sbb dah bernanah tp dia boleh kata nak siasat ??? Tempoh siasat 1-3 bulan. Kau rasa pesakit boleh tahan ke ?? Xpayah la amik cuepacscare nie mmg mengarut !!

    ReplyDelete
  47. Hati2 klu anak kena phimosis pihak cuepacscare akan decline kerana alasan prosuder circumstances.. Kos nye rm2k lebih walaupun ade support dari doc

    ReplyDelete
  48. MEDICAL CARD : Tahukah anda? Hanya bagi yang LAYAK bole apply pelan ni? 😃 Mesti xpasti kan.. TANYA hari ini Ya ⚡ Pelan PRUBSN : CALL / Whatsapp hari ini, semak kelayakan anda terus! 》www.wasap.my/60127760219/medicalcardpromo (JESS)

    ReplyDelete
  49. Cuepacs Care ni sembang kari jer...isteri n anak pernah masuk wad hosp swasta..masa call kata ok, xde masalah..lepas nak claim je mcm2 alasan..semua kena tanggung sendiri..apa guna potong gaji bulan2 ..makan duit haram...Aku nak batalkan polisi 1 family ni yg x bagi apa2 faedah pun

    ReplyDelete