Wednesday, May 30, 2012

Monday, May 28, 2012

Gugurnya Dosa Bagaikan Daun Berguguran....


Hazrat Abu Zar R.A berkata, "Suatu ketika Rasululullah S.A.W keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda S.A.W memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut.

Baginda S.A.W bersabda, "Wahai Abu Zar."

Saya menyahut, "Saya ya Rasululullah."

Kemudian Baginda S.A.W bersabda, "Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok," (Hadith riwayat Imam Ahmad)


m@tmin
Jalan Klang Lama
28.5.2012

Thursday, May 24, 2012

NIKMAT HIDUP...


Seringkali kita bersangka ujian itu adalah BALA langsung lupa HIKMAH disebaliknya. Seringkali kita lupa  HIDUP kita ini adalah NIKMAT walaupun ada ketikanya RIBUT datang menyapa....

Semoga saya TIDAK LUPA.... Amin...


m@tmin
Putrajaya
24.5.12

Sunday, May 20, 2012

Wordless Wednesday : 3

Model : Kucing
Lokasi : Warung Nasi Lemak Rindu, Pantai Dalam


m@tmin
Jalan Klang Lama
22.5.2012

Saturday, May 12, 2012

Alor Miang - Realiti Lampau Untuk Semua....

12 Februari 2012 yang lepas, saya berkesempatan mendapatkan sebuah novel titipan Ali Jusoh iaitu Alor Miang di MPH Mid Valley. Sebuah novel yang memaparkan kehidupan penduduk-penduduk di Kg. Alor Miang. Alor Miang khabarnya adalah sebuah kampung yang telah hilang dan digantikan dengan landasan kapal terbang yang ada pada hari ini  di Gong Badak, Terengganu.

Usai menatap novel yang memenangi Hadiah Sako 3 tahun 2011  ini, lantas terlintas Novel INTERLOK karya Abdullah Hussain. Persamaan novel ini dapat kita lihat melalui paparan kehidupan orang Melayu pada sebelum dan awal kemerdekaan dicapai serta kerapuhan hubungan antara kaum yang penuh prasangka.

Tidak pandai untuk membuat ulasan novel tapi yang pasti Alor Miang adalah sebuah novel yang terbaik. Masih terbayang-bayang watak Dollah Hantu dan Dollah Jin, pengakhiran yang terbaik buat mereka. Harap-harap novel ini tidak menerima nasib seperti INTERLOK. Sebuah realiti lampau yang harus kita terima, selami dan hayati untuk semua tidak kira MELAYU mahupun CINA demi masa depan.


MERDEKA!" Tertubuhlah sebuah negara yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Gegak-gempitalah seluruh pelosok negara oleh tempikan keramat itu. Tua muda, lelaki perempuan dan kecil besar tidak seorang pun yang terkecuali meraikannya. Alor Miang tidak terlpas. Gegarlah kampung nelayan itu dengan laungan merdeka oleh penduduknya yang hanya tahu merdeka maksudnya Inggeris sudah pergi dan komunis sudah kalah. Lain daripada itu, hanyalah jalan raya, balai raya, api elektrik, dapat tanah, pilihan raya, telaga simen dan macam-macam lagi yang tidak pernah mereka lihat mahupun dengar.

Dan hari ini Alor Miang ada ceritanya tentang merdeka, ertinya juga. 



m@tmin
12.5.2012
Jln Klang Lama

Thursday, May 10, 2012

Jeda....




Foto : sewaktu kembara di negara Gajah Putih...

Berdiri di tengah-tengah keributan
Tiada lagi yang diharapkan
Melainkan sebuah ruang
Untuk mengutip kepingan yang tertinggal....

m@tmin
Jln. Klang Lama
11.5.2012


Tuesday, May 1, 2012