Saturday, October 20, 2012
Thursday, October 18, 2012
Monday, October 15, 2012
Ulangtahun Ke-5
Foto dari blog ini
Semoga rahmat ALLAH sentiasa memayungi perjalanan kami, memancarkan
cahaya buat kami saat melukis warna-warna pelangi dan
melindungi kami saat berhadapan dengan gelora.
Perjalanan masih
jauh dan semoga dipermudahkanNYA. Selamat Ulangtahun Ke-5 Pn. Azlina.
m@tmin
15.10.2012
Tuesday, October 9, 2012
Monolog : Mencari Diri
Ada sesuatu yang sedang hilang,
Ada sesuatu yang aku lupa,
Ada sesuatu yang aku lalai,
Ada matlamat yang tersasar,
Ada bahagia yang semakin pudar,
Ada damai yang semakin lenyap,
Ada harapan yang semakin padam.....
Aneh...
Hanya kosong yang menjerut jiwa
Hanya kosong yang menawan minda...
Hanya Kosong......
Apakah aku telah jauh dari RahmatNYA...
Terlindung dari RedhaNYA....
Dan...
Selagi udara mengisi rongga
Aku sedar aku harus bangkit
Harus terus berlari
Harus terus mencari.......
m@tmin
10.10.12
Monday, October 8, 2012
Chef Ramsay : "you’ve got to start believing yourself more"
Selalunya tanggapan kita terhadap seseorang sukar untuk diubah, lebih-lebih lagi apabila berkait dengan sikap dan kelakuan buruk yang sukar untuk diterima. Jauh di sudut hati saya terbeban dengan tanggapan buruk terhadap seseorang sukar untuk diubah. Rupanya saya silap dan tanggapan itu boleh berubah tanpa di sangka-sangka.
Chef Ramsay. Siapa yang tidak mengenali chef ini yang menjadi tunjang dalam program Hell's Kitchen ini? Apabila di perkatakan tentang Chef ini ramai yang muak dengan sikap dan kelancangan mulut beliau. Chef Ramsay pada saya memang menjengkelkan dan teruk.
Namun, ia hanya memerlukan beberapa minit untuk saya mengubah tanggapan buruk itu. Program Masterchef US Musim ke-3 menunjukkan satu sisi yang saya benar-benar kagum. Sewaktu cabaran penyingkiran, para peserta diminta untuk membuat sebiji pai epal yang terbaik. Dalam ramai-ramai peserta yang sedang bertanding itu, saya terperasan tentang salah seorang peserta peserta adalah buta. Beliau adalah Christine Ha yang cacat penglihatan namun mempunyai skil memasak yang terbaik.
Pada saat penilaian oleh juri, Christine Ha tampil membawa pai epal yang telah disiapkan dan pastinya dia tidak mengetahui bagaimana bentuk pai yang telah disiapkan. Kesukaran dalam membuat pai, kekurangan yang dihadapi berbanding peserta lain menyebabkan Christine Ha tunduk. Motivasinya benar-benar hilang dan saat ditanya oleh Chef Ramsay tentang pai yang telah dibuat dia hanya mampu berkata “I think it probably looks like a pile of rubbish.”
Keadaan itu tidak lama, Chef Ramsay mengejutkan Christine Ha dengan kata-kata "Amazing humble apple pie". Pada saat itu, Chef Ramsay membangkitkan semula semangat Christine. Pada ketika itu saya melihat Chef Ramsay bukan seperti yang saya lihat sebelum ini. Kata-katanya ibarat nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya. Lembut dan penuh dengan motivasi.
Kata-kata Chef Ramsay "you’ve got to start believing yourself more" melekat dalam diri saya. Pada ketika ini pandangan saya 100% berubah. Jika sebelum ini saya hanya memandang sisi negatif. Namun hari ini saya memandang sisi positif yang ada padanya.
Christine Ha akhirnya menjadi juara Masterchef US Musim Ke-3, menewaskan peserta-peserta lain yang cukup sifat dan anggota. Mengkagumkan.
Bukan Chef Ramsay sahaja yang dipandang negatif dan lain-lain, ada segelintir yang saya kenali turut tergolong dalam kategori ini. Pastinya bukan sesuatu yang bagus untuk saya sebenarnya. Sentiasa berpandangan negatif sebenarnya barah yang akan membusuk dan akhirnya merosakkan diri. Penawarnya adalah menerima diri mereka yang disekeliling kita seadanya. Berusaha mencari sisi positif yang ada. Tiada manusia yang sempurna dan tidak pernah melakukan kesilapan
Saya masih tertanya-tanya mampukah saya menukar tanggapan negatif ini dan kata-kata "you’ve got to start believing yourself more" ini mendorong saya untuk mencuba. Semuanya berteraskan kepercayaan pada diri.
m@tmin
9.10.2012

Subscribe to:
Posts (Atom)