160913
Tuesday, September 17, 2013
Tuesday, September 3, 2013
Tahun-Tahun Terakhir Di MML - 1997
Semalam seorang teman lama telah memuatnaikkan sekeping foto di FB. Foto yang sekali lagi membawa saya mengimbas kenangan-kenangan semasa bergelar pelajar di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) , Kota Bharu. Foto dibawah adalah foto kelas Ting.5D pada tahun 1997. Tahun-tahun terakhir sebelum saya meninggalkan MML dan menyambung pelajaran ke tempat lain.
MML - Ting. 5D - 1997
Sesekali sebahagian daripada kami sempat meluangkan masa bersama melayan teh tarik sambil berkongsi cerita. Sebenarnya tiada banyak perbezaan kami semua dari dulu hingga sekarang kecuali fizikal (perut yang maju kedepan). Saya juga masih ingat nama guru kelas saya pada masa itu yang saya panggil sebagai Cikgu Fauziah.
Geng panjat pagar sekolah, mat senyap, kaki bual, ustaz, rappers, mat smart, geng kadet polis, geng bual besar, geng ngacuh (main terup), geng rumah sewa dan bermacam lagi gelaran telah bersatu dalam kelas 5D ini. Kelas 5D ini adalah kelas yang kedua terakhir daripada 7 kelas sebenarnya (termasuk 2 kelas sains) tapi syukur masih menerima rahmat Ilahi dalam menuntut ilmu. Kalau tidak masakan ada antara kami yang bergelar pegawai kaunseling, ustaz, guru, pegawai kerajaan, tauke restoran, tauke stesen minyak dan lain-lain hehehe.
Al-fatihah kepada rakan saya Mohd Nasrullah (Barisan Depan 2 dari kanan) dan Nabil ( (Barisan Depan 3 dari kanan) yang telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun yang lepas akibat kemalangan jalanraya. Kenangan semasa belajar bersama dan kebaikan yanng mereka pernah curahkan kepada saya akan saya kenang hingga ke akhir hayat saya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang bergelar Kekasih Allah. Amin..
MML - 1992-1997 - a tale to remember.....
matmin
(battle control station)
4.9.2013
Subscribe to:
Posts (Atom)