Berkas (Berita Ringkas) :
Harga sotong tiba-tiba melebihi harga siling yang telah ditetapkan dan telah menimbulkan panik dikalangan surirumah seluruh dunia khususnya di Malaysia. Padang kota di Penang juga telah diserbu oleh peminat-peminat Jerman dan Argentina semata-mata ingin melepaskan amarah kepada Sotong Kangkung yang dikenalpasti mempunyai pertalian darah dengan 'Paul' seekor sotong kurita yang didakwa mempunyai ilmu psikik dan telah membuat ramalan yang tepat dalam World Cup 2010.
Permintaan terhadap bot-bot pancing juga telah meningkat di Kuala Terengganu dan difahamkan semuanya telah ditempah oleh kedutaan Argentina dan Jerman bagi memberi peluang kepada rakyat Argentina dan Jerman yang kecewa untuk melempiaskan dendam dengan memburu sotong dalam Pesta Mencandat Sotong yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu.
Pengerusi Kelab Pondan Sedunia juga telah mengeluarkan amaran peringkat merah dan meminta semua ahli2nya berkurung dirumah. Ini dibimbangi akan berlaku salah faham dengan penyokong-penyokong bolasepak Jerman dan Argentina memandangkan juga tiada jaminan dari pihak polis akan ancaman yang bakal diterima. Namun demikian ahli-ahli kelab tidak perlu bimbang akan keselamatan 'Paul' yang kini sedang berada dalam pengawasan yang maksimun dari pasukan keselamatan.
Di Malaysia, Paul telah meramalkan Kelantan akan memenangi perlawanan dalam Liga Super pada malam ini dengan menwaskan Selangor..... hehehehe
*Moral of the story : jangan percaya benda-benda karut macam ni....
No comments:
Post a Comment