Sunday, February 20, 2011

PUISI BEKAS MUFTI KEPADA SULTAN

 BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…

raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA,
160211

Diambil dari malaysiakini.com.

Secara peribadi, Sultan Muhammad Ke-5 adalah sultan yang benar2 berjiwa rakyat. Sultan & Raja lain perlu mengambil contoh yang telah ditunjukkan oleh Tuanku Sultan Muhammad Ke-5. Jangan dibiarkan kemewahan dan politik menjadi pemisah antara seorang Sultan/Raja dengan rakyat. Wujudkan jambatan yang dapat mengeratkan lagi hubungan dengan rakyat kerana Sultan/Raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan.

Ibarat kata :

Tuanku Sultan/Raja adalah payung rakyat
Rakyat pula tunjang yang mendukung raja....
Raja adalah seumpama pohon
Rakyat pula adalah akarnya.....


m@tmin
(Menjunjung Kasih Tuanku)





No comments:

Post a Comment