Tiga tahun lepas saya pernah menjadi ketua panel penemuduga untuk jawatan N17. Salah seorang calon yang hadir adalah seorang gadis yang baru menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang sains. Gadis ini menarik perhatian saya kerana mempunyai keyakinan semasa bercakap dan berdasarkan sijil2 yang disertakan dia adalah seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Keputusan peringkat diploma boleh dikatakan bagus, 3.6 purata gred. Berdasarkan keputusan ini saya yakin dia boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Saya bertanya kenapa dia memohon jawatan N17 ini. Jawabnya dia ingin membantu keluarganya yang miskin. Lagipun dia mempunyai bilangan adik beradik yang ramai. Saya bertanya adakah dia berminat untuk menyambung pelajaran dan jawabnya ya, tetapi masalah keluarganya yang susah menyebabkan dia mahu bekerja terlebih dahulu. Terlintas di fikiran saya selalunya remaja bila bekerja, maka pelajaran diletakkan di belakang (kebanyakkannya). Lama kelamaan keinginan belajar akan mati dalam jiwa remaja. Ini juga berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya selama ini.
Pada ketika itu, saya membuat satu keputusan yang saya rasakan adalah tepat dan betul. Saya menyatakan bahawa jawatan ini bukan untuk dia. Dia masih mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya dan jalannya adalah dengan meneruskan pengajian diperingkat ijazah. Pastinya dia mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan tempat di IPTA. Pada ketika itu, saya lihat air mata mengalir dari wajahnya. Dia merayu untuk mendapatkan kerja ini. Saya bertegas, jika dia mahu membantu keluarganya maka kejarlah peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Kerana dari situ akan terbentang jalan yang luas untuk berjaya dan membantu keluargannya.
Akhirnya, dia melangkah keluar dengan hampa. Saya memahami kekecewaan gadis ini. Tapi saya percaya inilah jalan yang terbaik untuk dia harungi. Saya pernah berada dalam situasi yang sama sepertinya. Hidup dalam kesusahan dan nyaris-nyaris melupakan pelajaran. Nasib saya baik, akhirnya pelajaranlah yang menyuluh jalan saya. Selepas itu saya merenung kembali keputusan saya itu. Saya tertanya-tanya adakah saya telah menutup peluang gadis ini? Saya hanya membisu dan biarkan soalan tanpa sebuah jawapan. Kadang-kadang sesuatu persoalan adalah lebih baik tanpa jawapan.
Dan pada hari itu saya belajar suatu perkara. Apa yang kita putuskan tentang sesuatu perkara kadang-kadang melibatkan masa depan seseorang. Andai itu yang kita yakin terbaik untuknya, buatlah keputusan tanpa ragu-ragu.. Pada hari itu juga saya mendoakan gadis ini supaya dipermudahkan jalan-jalannya dan semoga dia dapat memeluk sebuah kejayaan yang amat bermakna. Ya sebuah kejayaan yang bukan sahaja diimpikan olehnya tetapi juga semua orang. Saya YAKIN... itulah yang terbaik untuknya.
Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya apakah nasib gadis itu? Namun dalam hati saya tertanam keyakinan bahawa itu adalah keputusan yang terbaik untuknya. Ya saya yakin. Walaupun ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan gadis ini, saya tetap yakin dia sekarang sedang mendaki tangga-tangga kejayaan....
m@tmin
Jln Klang lama
30 Julai 2011