12 Februari 2012 yang lepas, saya berkesempatan mendapatkan sebuah novel titipan Ali Jusoh iaitu Alor Miang di MPH Mid Valley. Sebuah novel yang memaparkan kehidupan penduduk-penduduk di Kg. Alor Miang. Alor Miang khabarnya adalah sebuah kampung yang telah hilang dan digantikan dengan landasan kapal terbang yang ada pada hari ini di Gong Badak, Terengganu.
Usai menatap novel yang memenangi Hadiah Sako 3 tahun 2011 ini, lantas terlintas Novel INTERLOK karya Abdullah Hussain. Persamaan novel ini dapat kita lihat melalui paparan kehidupan orang Melayu pada sebelum dan awal kemerdekaan dicapai serta kerapuhan hubungan antara kaum yang penuh prasangka.
Tidak pandai untuk membuat ulasan novel tapi yang pasti Alor Miang adalah sebuah novel yang terbaik. Masih terbayang-bayang watak Dollah Hantu dan Dollah Jin, pengakhiran yang terbaik buat mereka. Harap-harap novel ini tidak menerima nasib seperti INTERLOK. Sebuah realiti lampau yang harus kita terima, selami dan hayati untuk semua tidak kira MELAYU mahupun CINA demi masa depan.
MERDEKA!" Tertubuhlah sebuah negara yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Gegak-gempitalah seluruh pelosok negara oleh tempikan keramat itu. Tua muda, lelaki perempuan dan kecil besar tidak seorang pun yang terkecuali meraikannya. Alor Miang tidak terlpas. Gegarlah kampung nelayan itu dengan laungan merdeka oleh penduduknya yang hanya tahu merdeka maksudnya Inggeris sudah pergi dan komunis sudah kalah. Lain daripada itu, hanyalah jalan raya, balai raya, api elektrik, dapat tanah, pilihan raya, telaga simen dan macam-macam lagi yang tidak pernah mereka lihat mahupun dengar.
Dan hari ini Alor Miang ada ceritanya tentang merdeka, ertinya juga.

m@tmin
12.5.2012
Jln Klang Lama
No comments:
Post a Comment