Friday, September 21, 2012

SLAMDUNK...

Bagi peminat komik yang tegar, pastinya Komik Slamdunk menjadi antara komik yang digemari. Memiliki koleksi lengkap komik ini satu kepuasan bagi saya. Ada yang bertanya apa  kelebihan membaca komik ini berbanding buku lain.

Jawab saya, " saya tidak akan perlu membaca buku motivasi yang tebal di kala semangat saya berada pada tahap yang rendah".

Cukup saya katakan komik berlatarbelakangkan sukan Bola Keranjang ini mengajar bagaimana untuk mengekalkan semangat dalam mengejar matlamat dan impian. Watak Sakuragi Hanamichi (Sami Berambut Merah) jelas menggambarkan keteguhan dalam mencapai cita-cita. Semangat berpasukan antara Akagi, Mitsui, Kokure, Rokawa, Miyagi dan Sakuragi dipaparkan jelas dalam komik ini. Kekurangan antara ahli pasukan dikaburi dengan kelebihan ahli pasukan yang lain sekali gus membentuk satu pasukan yang mantap.

Pasukan Shohoku memiliki satu pakej yang lengkap apabila dibarisi pemain-pemain ini. Komik ini juga menerapkan elemen persahabatan dan kepercayaan.Sedar atau tidak, elemen persahabatan dan kepercayaan adalah asas  dalam kerja berpasukan dan juga kehidupan kita seharian.

Buat sahabat-sahabat di luar sana, ingatlah kerjasama adalah asas dalam pasukan. Hanya yang bodoh sahaja mementingkan diri dan mengabaikan rakan-rakan dalam pasukan. Dan selalunya golongan yang lupa diri ini tidak akan pergi lebih jauh. Saya percaya pada pegangan ini.

Tanpa sahabat kita akan sendiri dan tanpa kepercayaan kita akan rugi. Banyak lagi elemen-elemen positif yang boleh kita dapat melalui karya Inoeu Takehiko ini. Dengan meletakkan matlamat untuk menjadi Kejuaraan Kebangsaan, watak-watak ini berjuang mengatasi halangan-halangan tanpa jemu dan mengalah.

Saya cukup kagum dengan daya kreatif Inoeu Takehiko ini yang mengabungkan komik dengan elemen-elemen kehidupan yang sering berlegar di sekeliling kita. Satu lagi, komik Slamdunk mengajar kita bahawa kuasa CINTA mampu merobohkan tembok ego yang terbina....


Koleksi SLAMDUNK 1-31 : Bukan Untuk Dijual.... ;)

m@tmin
22.9.12

13 comments:

  1. salam, bro. saya nak beli koleksi slamdunk boleh? complete set kan? boleh runding harga. email arment_10@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Maaf bro, koleksi bukan untuk dijual. Untuk lengkapkan koleksi saya cadangkan bro pergi ke Sykt pembekal di bandar kinrara.saya berjaya lengkapkan koleksi selepas pergi ke sykt ini terus.

    ReplyDelete
  3. salam bro..
    macam mane klau nak order pakai post???
    syarikat tu tora aman kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro, awak tinggal luar dari KL ke? Kalau nak minta tolong saya belikan inysaallah saya cuba usahakan. Syarikat tu dengan rumah saya dalam 10 minit jer.

      Delete
  4. hai..betul ke awak boleh tolong dapatkan complete set komik slam dunk nih? saya memang minat giler tapi xdapat full set..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh cuba untuk membantu, namun bergantung samada pihak syarikat masih lagi mencetak komik ni. tahun lepas saya pergi banyak siri yang tak ada. Saya pun ambil masa yang lama nak complete kan koleksi ni. ada yang dah koyak pun.

      Delete
  5. oh..kalau tak dapat pun xape.. still, terima kasih sudi membantu.

    ReplyDelete
  6. betul ke boleh dpt komik slam dunk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zazalina Othman, bergantung kepada stok yang ada pada sykt pengedar.

      Delete
  7. Salam. complete set slam dunk ade stok lg ke?

    ReplyDelete
  8. helo bor. boleh bantu saya tak. boleh dapat kan saya set slam dunk tak. saya peminat mcm bro juga. tolong saya bro.

    ReplyDelete
  9. apa nama syarikat pembekal tu bro. ada contec nya tak. atau laman web nya kah. bantu saya bro.

    ReplyDelete