Kebelakangan ini saya sering mengenangkan pengalaman ketika menjalani ibadah umrah bersama ibu dan isteri sebulan yang lepas. Masih segar bermain di minda pengalaman-pengalaman manis bersama jemaah lain ketika miqat untuk mengerjakan umrah, sikap Mutawif (Hj. Erman) yang menyenangkan, ketenangan semasa di Taman Syurga (Raudhah- Masjid Nabawi), perasaan sewaktu mendaki Jabal Nur yang berketinggian (+/-)800 meter pada jam 11 malam, kesempatan mengerjakan solat hajat di Gua Hira' dan juga Hijir Ismail, suasana semasa mengerjakan tawaf di Baitullah, kesempatan berpijak di 2 bukit Safa dan Marwah, mengunjungi Masjid Quba (Masjid Pertama yang dibina Nabi Muhammad (S.A.W) semasa Hijrah) dan suasana peniaga yang cuba menarik perhatian pelanggan dengan berbahasa Melayu.
Kenangan-kenangan yang berputar ini menguatkan azam saya untuk kembali sekali lagi. InsyaAllah jika tiada aral yang menghalang, saya berazam untuk kembali mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dalam tempoh 5 tahun lagi. InsyaAllah.
Tetamu Allah.
Jabal Nur yang bercahaya walaupun tiada lampu yang dipasang sepanjang perjalanan.
m@tmin
19.7.2013