Hanya beberapa hari lagi tahun 2013 akan berakhir dan lembaran 2014 akan bermula.
Seperti biasa, ada sasaran yang akan dilakarkan. Ada matlamat yang dibulatkan. Ada cita-cita yang ditekadkan. Namun kali ini, Matlamat,Sasaran dan Cita-cita telah dipaterikan lebih awal iaitu pada 1 Muharam 1435H (5 November 2013) yang lepas. Sampai masanya Tahun Baru Islam saya gunakan.
Merenung kembali perjalanan sepanjang tahun 2013, ianya bukanlah satu perjalanan yang mengecewakan. Ada yang dicapai dan ada yang tidak. Namun saya sedar ianya bukan satu pengakhiran dan tidak semua dalam dunia ini akan kita dapat atau capai.
Apa jua yang berlaku, banyak hikmah yang tersembunyi dan rahsia yang perlu kita gali untuk difahami. Tidak seharusnya rasa kecewa menguasai jiwa. Saya yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk saya.
Untuk hari-hari mendatang.... hanya satu yang saya harapkan. Semoga perjalanan dan perjuangan saya akan sentiasa dipermudahkan dan di bawah keredhaan Allah S.W.T.
Amin......
Pemandangan Masjidil Haram dari Jabal Nur...
(Antara detik-detik indah tahun 2013)
matmin
Putrajaya
26.12.2013
No comments:
Post a Comment