Saturday, March 15, 2014

Tentang Buku : Jajahan Bonda

Jajahan Bonda, sebuah kisah masyarakat yang saya anggap amat dekat dengan diri saya. Sarat dengan mesej kekeluargaan, keindahan hidup bermasyarakat dan ketabahan mengejar mimpi. Jajahan Bonda wujud  dari sikap tidak berputus asa dan telah sebati dalam diri penghuninya. Sikap inilah yang menjadi teras pada  novel ini.

Karya kedua garapan Md Nizar Parman yang saya miliki selepas novel Silir Daksina nyata tidak mengecewakan saya. Saya akui, kejutan di bahagian akhir menyebakkan sedikit perasaan. Tidak saya jangkakan.

Watak-watak yang digarapkan pula adalah watak yang sentiasa ada disekeliling kita. Saya percaya kewujudan watak-watak sebegini dalam masyarakat banyak mempengaruhi diri kita.

Semaun, seorang yang tidak berpelajaran  namun mempunyai visi dan cita-cita yang besar.

Mahanum, seorang yang tabah.

Kodin, watak yang jarang ada dikalangan anak muda kita iaitu seorang yang bercita-cita menjadi petani moden walaupun mempunyai ijazah.

Pak Long, watak negatif yang sering ada dalam masyarakat kita.

Mahali, contoh seorang yang tidak kuat dan mudah berputus asa.

(sekadar menamakan beberapa watak utama)

Terima kasih kepada penulis kerana telah membawa saya kembali ke 'kampung halaman' saya dan bukanlah satu kerugian memiliki novel sebegini berbanding novel yang berpaksikan cinta 2 insan semata-mata.



 m@tmin
Jln. Klang Lama
16.3.2014


2 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi menulis ulasan tentang novel ini. Insya-Allah saya akan memperbaik segala kekurangan dan kelemahan dalam novel yg akan datang.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama tuan. Teruskan berkarya.

    ReplyDelete