Thursday, April 7, 2011
Wednesday, April 6, 2011
Hantu Kak Limah Dan KPI Menteri
Semalam bersembang dengan Hantu kak Limah. Katanya Menteri RTM tidak mencapai KPI.
Katanya lagi, menteri berkenaan gagal dalam menguatkuasakan garis panduan kepada artis. Terlalu ramai artis kita yang suka dedah sana sini separuh bogel tapi tiada tindakan dari pihak berwajib.
Juga kerana menipu rakyat tentang Sukan Yg Terbaik Hanya Di RTM. Apa yang RTM siarkan? cuba kau cakap pada aku.....
Aku : Susah- susah Kak Limah aje yang jadi Menteri.
Hantu Kak Limah : uisshhh taknaklah aku, nanti sapa nak kacau Husin & Abi Hurairah. Lagipun aku seronok tgk usop lari sambil tolak "wilcha" wheelchair.
Aku : ermmmmmm (dalam hati sempat juga Kak Limah ambil tahu pasal KPI menteri..)....
m@tmin
2 April 011
Saturday, April 2, 2011
Taman Kita...
Dahulu...
Itulah taman kita
Ribuan mawar menguntum senyum
Harum kasih semerbak
Walau luka tertusuk durinya
Tegar melukis kanvas perjuangan
Namun awan,
Tetap berarak pergi
Dan...
Penghuni taman silih berganti
Tidak akan pernah sunyi
Menzahirkan sebuah perpisahan
Hakikatnya tetap bersatu
Meskipun terasing di penjuru kenangan
7 Oktober 2010
PUTRAJAYA
*** Puisi ini memang ada kaitan dengan gambar di atas. Disiarkan semula dalam blog Menyusur Minda.
Friday, April 1, 2011
Ikhlaskah kita?
Gambar diambil dari Masjid Sultan Mizan Putrajaya dan kata-kata diperolehi dari Majalah Al-Islam .
Ikhlaskah kita dalam hidup ini?
Sekadar melontar peringatan kepada diri yang sering mengharapkan balasan yang baik dariNYA tetapi sering alpa dan tergelincir dari landasan yang telah dikurniakanNYA. Sering terdetik di minda untuk menunjuk-nunjuk dan sering juga mengharapkan balasan atas sesuatu yang dilakukan. Terasa hitamnya jiwa, bagaikan jelaga yang membelenggu kaca.
Alangkah ruginya, apa yang dilakukan tidak diberkati. Saya memohon keampunan dariNYA...
Alangkah ruginya, apa yang dilakukan tidak diberkati. Saya memohon keampunan dariNYA...
Semoga hidup lebih bererti.
m@tmin
30/03/2011
Wednesday, March 30, 2011
STRESS...
Mencari Konklusi
Situasi 1 : Minggu lepas mengisi borang Audit Stress. Berita baiknya dapat markah 55/100 & berita buruknya telah tergolong dalam kumpulan yang mempunyai tahap stress yang paling tinggi.
Situasi 2 : 28 Mac 2011
9.00 pg - Mendengar ceramah berfikiran positif dari Dr. Azizan. Tahap motivasi begitu tinggi, yeargh... saya hebat luarbiasa....
5.30 ptg - Punch out dari pejabat dan kereta telah melepasi pagar JPM... ketika itu nyanyian burung begitu merdu, bunga raya yang gugur bagaikan sakura....alangkah indah saat itu...
5.40 ptg - PA bos telefon suruh masuk balik pejabat segera.... URGENT...... dan nyanyian burung tidak lagi merdu... menyusuri jalan bagaikan menuju tanah perkuburan.... (MORAL DOWN)...
Situasi 3 : 29 Mac 2011
Jemm palo otak....
***Pesan seorang ustaz, Ayat suci Al-Quran adalah terapi yang bagus bagi mengurangkan stress...
Kenapa hanya mengurangkan? Tanya saya.
Kerana jika tiada stress anda bukan lagi manusia, jawab ustaz itu.
Ermmmm saya terdiam dan hanya mampu mengangguk....
m@tmin
30 Mac 2011
Saturday, March 19, 2011
Apa yang dicari?
Berbicara tentang pencarian dalam hidup, apa sebenarnya yang dicari? Entah kenapa sehari dua ini diri banyak memikirkan tentang makna hidup, tentang apa yang dicari dalam hidup. Lantas teringatkan rangkap kata yang tertulis dalam Komik Kartini... "Tidak akan kamu merasa gundah walau sekali jika kamu tahu apa yang dicari".....
Dahulu kata-kata ini banyak menjadi pegangan dan kini nampaknya kata-kata ini kembali semula tersemat dihati... Apa yang perlu semangat harus disegarkan kembali, matlamat biar jelas dan disiplin perlu seiringan... semoga jalan dipermudahkanNYA.... amin.....
*** Ariyon, Sahak & Ujang.. sebenarnya kita berkongsi cerita yang sama hehehe........
m@tmin
20 Mac 2011
Sunday, March 6, 2011
Tabik Soljar...
Dalam menyambut ulang tahun kelahiran, hati merasa bangga kerana pada tarikh yang sama adalah ulang tahun bagi penubuhan Tentera Darat Malaysia. Mungkin sebab inilah jiwa ketenteraan dalam diri begitu tebal walaupun gagal untuk menjadi pegawai tentera. (cita-cita masa sekolah). Namun demikian masih lagi boleh berbangga dengan tauliah sebagai Leftenan Muda (Wataniah). Disebabkan kekangan kerja, masa tidak mengizinkan saya untuk aktif lagi dalam Rejimen Askar Wataniah. (gantung but).
78 tahun dahulu Pasukan Askar Melayu telah ditubuhkan dengan kekuatan hanya 25 anggota. Kini kekuatan Pasukan Askar Melayu telah berkembang dan megah dengan kekuatan 25 Batalion. Pada awal penubuhannya, pihak British tidak menaruh keyakinan terhadap kebolehan Askar Melayu. Tapi semua keraguan itu berjaya dihapuskan semasa Perang Dunia ke-2.
# Sejarah Rejimen Asikar Melayu Diraja (RAMD) Klik Sini.
Benteng terakhir pihak British di Singapura iaitu Bukit Chandu menyaksikan keperwiraan Askar Melayu. Pertempuran ini turut diakui oleh Jepun antara satu pertempuran yang begitu hebat dan memerlukan jepun menghantar ketumbukan yang lebih ramai.
Berikut adalah antara perwira negara yang telah gugur semasa mempertahankan negara iaitu Leftenan Adnan Saidi,Leftenan Ahmad Nordin, Leftenan Abbas Muhd Said, Leftenan Abdullah Saad, Leftenan Ibrahim Sidek, Leftenan Muhammad Ariffin Hj Sulaiman, Leftenan Abdul Wahid Mat Kidam dan Leftenan Muhd Isa. Manakala pegawai Askar Melayu yang mati diseksa ialah Leftenan Yazid Ahmad dan Leftenan Noordin Muhd Shaari.
Keberanian Askar Melayu bukan sahaja terkenal semasa perang Dunia Ke2, malah di seluruh dunia. Masih ingatkah lagi kita pada Peristiwa Pasar Bakhara Somalia? Filem Black Hawk Down telah menafikan dan menyelewengkan fakta tentang sumbangan Askar Melayu dalam misi menyelamat tentera Rangers Amerika ini. Peristiwa Pasar Bakhara mempamerkan kebodohan dan risikan yang lemah dari tentera Amerika. Bukan itu sahaja, kerana terlalu yakin dan bangga mereka terperangkap dalam perancangan yang tidak menjadi.
Seorang perwira kita telah gugur dalam misi menyelamat Tentera Amerika yang bodoh sombong ini iaitu Koperal Mat Aznan. Sumbangan tentera kita dalam misi Pengaman PBB yang lain seperti di Bosnia dan Lubnan mempamerkan semangat juang yang tinggi dan tidak pernah terhakis bermula dari penubuhannya sebelum Perang Dunia Ke-2 hinggalah pada hari ini.
Kini setelah 78 tahun berlalu, Tentera Darat Malaysia semakin kuat dan moden. Bukan sahaja mempunyai angkatan udaranya sendiri tetapi perolehan moden seperti Kereta Kebal PT91M(Pendekar), Pelancar Roket Berganda (Astros 2 & 3) dan penggunaan kenderaan Humwee yang memudahkan susun atur pergerakan yang lebih pantas banyak meningkatkan kekuatan dan keupayaan Tentera Darat.
Dengan sambutan setiap tahun iaitu pada 1 Mac, semoga Tentera Darat akan terus maju dan gagah sebagai benteng yang mempertahankan negara dari segala ancaman luar mahupun dari dalam. Ketabahan dan keteguhan yang ada pada tentera-tentera kita pastinya akan membawa Tantera Darat ke satu tahap yang tinggi dan digeruni.
Tabik kepada anda semua Soljar...... GEMPUR WIRA................
Al-Fatihah buat wira bangsa yang telah gugur demi mempertahankan negara...
m@tmin
* Semangat perjuangan harmoni.........
Kenangan bersama rakan- rakan ROTU UM Batch 22

Kata-kata yang terukir pada Tugu Negara
Kini setelah 78 tahun berlalu, Tentera Darat Malaysia semakin kuat dan moden. Bukan sahaja mempunyai angkatan udaranya sendiri tetapi perolehan moden seperti Kereta Kebal PT91M(Pendekar), Pelancar Roket Berganda (Astros 2 & 3) dan penggunaan kenderaan Humwee yang memudahkan susun atur pergerakan yang lebih pantas banyak meningkatkan kekuatan dan keupayaan Tentera Darat.
Dengan sambutan setiap tahun iaitu pada 1 Mac, semoga Tentera Darat akan terus maju dan gagah sebagai benteng yang mempertahankan negara dari segala ancaman luar mahupun dari dalam. Ketabahan dan keteguhan yang ada pada tentera-tentera kita pastinya akan membawa Tantera Darat ke satu tahap yang tinggi dan digeruni.
Tabik kepada anda semua Soljar...... GEMPUR WIRA................
Kenangan bersama rakan PTD Batch 1/2006 semasa di PULADA
Al-Fatihah buat wira bangsa yang telah gugur demi mempertahankan negara...
m@tmin
* Semangat perjuangan harmoni.........
Subscribe to:
Posts (Atom)