Friday, October 25, 2013
Tuesday, September 17, 2013
Perginya Chin Peng Di Pagi Sambutan Hari Malaysia Ke-50....
160913
Dingin bayu yang berbisik
Dari bumi Gajah Putih
Khabarnya dia telah pergi...
Di sini bayu menjadi saksi
Ulangtahun yang gemilang
50 tahun kembangnya sekuntum bunga raya...
Ironi.....
matmin - 170913
Tuesday, September 3, 2013
Tahun-Tahun Terakhir Di MML - 1997
Semalam seorang teman lama telah memuatnaikkan sekeping foto di FB. Foto yang sekali lagi membawa saya mengimbas kenangan-kenangan semasa bergelar pelajar di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) , Kota Bharu. Foto dibawah adalah foto kelas Ting.5D pada tahun 1997. Tahun-tahun terakhir sebelum saya meninggalkan MML dan menyambung pelajaran ke tempat lain.
MML - Ting. 5D - 1997
Sesekali sebahagian daripada kami sempat meluangkan masa bersama melayan teh tarik sambil berkongsi cerita. Sebenarnya tiada banyak perbezaan kami semua dari dulu hingga sekarang kecuali fizikal (perut yang maju kedepan). Saya juga masih ingat nama guru kelas saya pada masa itu yang saya panggil sebagai Cikgu Fauziah.
Geng panjat pagar sekolah, mat senyap, kaki bual, ustaz, rappers, mat smart, geng kadet polis, geng bual besar, geng ngacuh (main terup), geng rumah sewa dan bermacam lagi gelaran telah bersatu dalam kelas 5D ini. Kelas 5D ini adalah kelas yang kedua terakhir daripada 7 kelas sebenarnya (termasuk 2 kelas sains) tapi syukur masih menerima rahmat Ilahi dalam menuntut ilmu. Kalau tidak masakan ada antara kami yang bergelar pegawai kaunseling, ustaz, guru, pegawai kerajaan, tauke restoran, tauke stesen minyak dan lain-lain hehehe.
Al-fatihah kepada rakan saya Mohd Nasrullah (Barisan Depan 2 dari kanan) dan Nabil ( (Barisan Depan 3 dari kanan) yang telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun yang lepas akibat kemalangan jalanraya. Kenangan semasa belajar bersama dan kebaikan yanng mereka pernah curahkan kepada saya akan saya kenang hingga ke akhir hayat saya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang bergelar Kekasih Allah. Amin..
MML - 1992-1997 - a tale to remember.....
matmin
(battle control station)
4.9.2013
Tuesday, August 27, 2013
Thursday, August 15, 2013
MESIR - Sebuah Tragedi...
Awam mendung dari Lembah Nil...
Menerbangkan sebuah khabar duka...
Mengoncang minda...
Merobek Jiwa...
Bersimpang siur peluru besi...
Rakusnya firaun mencabut nyawa...
Aku...
Hanya doa mampu dikirimkan...
Ya Allah,
Lindungilah mereka...
Bantulah mereka...
Berikanlah mereka kemenangan dalam menegakkan agamaMU...
Tempatlah mereka yang syahid di tempat yang telah ENGKAU janjikan...
m@tmin
15.6.2013/Putrajaya
Thursday, July 18, 2013
Kembara 2 Tanah Suci - Rindu Untuk Kembali
Kebelakangan ini saya sering mengenangkan pengalaman ketika menjalani ibadah umrah bersama ibu dan isteri sebulan yang lepas. Masih segar bermain di minda pengalaman-pengalaman manis bersama jemaah lain ketika miqat untuk mengerjakan umrah, sikap Mutawif (Hj. Erman) yang menyenangkan, ketenangan semasa di Taman Syurga (Raudhah- Masjid Nabawi), perasaan sewaktu mendaki Jabal Nur yang berketinggian (+/-)800 meter pada jam 11 malam, kesempatan mengerjakan solat hajat di Gua Hira' dan juga Hijir Ismail, suasana semasa mengerjakan tawaf di Baitullah, kesempatan berpijak di 2 bukit Safa dan Marwah, mengunjungi Masjid Quba (Masjid Pertama yang dibina Nabi Muhammad (S.A.W) semasa Hijrah) dan suasana peniaga yang cuba menarik perhatian pelanggan dengan berbahasa Melayu.
Kenangan-kenangan yang berputar ini menguatkan azam saya untuk kembali sekali lagi. InsyaAllah jika tiada aral yang menghalang, saya berazam untuk kembali mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dalam tempoh 5 tahun lagi. InsyaAllah.
Tetamu Allah.
Jabal Nur yang bercahaya walaupun tiada lampu yang dipasang sepanjang perjalanan.
m@tmin
19.7.2013
Wednesday, July 17, 2013
Ulang Tahun Ke-7
Semalam 17.7.2013 menandakan genaplah 7 tahun saya menyertai bidang kerjaya sekarang ini. Tempoh yang masih terlalu muda dan masih ada 26 tahun lagi perlu diharungi. Dalam tempoh yang muda ini banyak pengalaman pahit atau manis yang membentuk diri pada hari ini. Pengalaman bekerja dalam keadaan stress, kadang-kadang rasa tidak dihargai, rasa tidak dihormati, kepuasan berjaya menyelesaikan tugasan, saat-saat sedih bertukar jabatan, hilang arah apabila berhadapan dengan benda baru, gelagat Boss yang memeningkan, semangat setiakawan rakan sekerja dan karenah anak buah yang memerlukan kesabaran. Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang ingin dicoretkan dan saya anggap pengalaman inilah yang akan memberikan kekuatan kepada saya untuk menempuh hari-hari mendatang.
Semalam juga saya sempat menatap foto-foto lama semasa kursus Diploma Pegurusan Awam (DPA). Malahan ramai juga rakan-rakan yang berkongsi foto di FB sempena ulang tahun ke-7 ini. Sesuatu yang manis untuk mengimbas memori persahabatan bersama rakan-rakan Batch 1/2006. Memori bersama 3++ orang rakan seangkatan pastinya yang tidak dapat saya lupakan. Sekurang-kurangnya ketika ingatan saya masih sempurna. hehe
-Selamat Ulang Tahun Batch 1/2006 & Dahsyatians-
"If your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, you are a leade". —John Quincy Adams
m@tmin
Putrajaya
18.7.2013
Subscribe to:
Posts (Atom)






