Friday, January 29, 2010

MENJENGAH JENDELA PENULISAN

Berbakat dalam penulisan ??? Tidak semua orang memiliki bakat dan kebolehan dalam bidang penulisan. Tapi ini tidak bermakna seseorang itu tidak boleh menulis. Bakat sebenarnya boleh diasah, kebolehan boleh digilap apatah lagi idea yang ada disekeliling kita terlalu banyak, cuma menunggu masa untuk dipetik. Itu pandangan yang cuba ditanam dalam diri ini.

Bidang penulisan samada novel, puisi/sajak dan cerpen merupakan bidang yang amat menarik lantas terdetik diminda untuk mencuba. Panduan penulisan saudara Faisal Tehrani dan NIMOIZ TY cuba dihadam, namun nyata belum cukup untuk dijadikan bekalan jika tidak berguru.  Beberapa kelab dan badan penulisan cuba dirisik, malangnya rasa rendah diri dan keyakinan yang goyah membantutkan hasrat. Kelab dan badan penulisan yang ada nyata dilihat terlalu tinggi lantas terlintas dihati bagaikan tidak mesra bagi mereka yang baru bertatih.

 AVA (Astaka Villa Aksara) mula menarik perhatian . Diri bagaikan senang dan selesa ketika melayari laman AVA di internet.  Kebanyakan pengunjung dan ahli  AVA adalah mereka yang baru dan masih belajar walaupun sudah ada antaranya yang telah berjaya menghasilkan novel dan cerpen. Matlamat AVA juga begitu menarik dan mendorong diri menyertai AVA. Tahniah urusetia AVA.

Peluang  mengikuti Bengkel Penulisan Novel 2 pada 3 Jan 2010 anjuran  AVA begitu berbaloi. Teguran dan tunjuk ajar yang diterima dari  Pn. Nisah Haron cukup menyedarkan diri bahawa menulis sebenarnya bukanlah sesuatu yang yang boleh dipandang ringan dan mudah. Ada cara dan tekniknya. Menulis juga adalah satu seni yang begitu indah dan menarik namun boleh menjadi rendah martabatnya apabila disalahguna.

Seorang teman bertanya, kenapa aku mahu menulis..... aku cakap, aku ada cerita untuk dikongsikan. Menulis novel, cerpen, puisi dan sajak adalah salah satu medium yang sesuai.....



Terima Kasih Bro SF & Bro Farid

p.s : Ini hanyalah pandangan peribadi semata-mata.

Jumpa lagi......

Tuesday, January 19, 2010

Mukadimah 2010

Assalamuaikum dan Salam sejahtera.....

Inilah catatan pertama untuk tahun  2010 yang dapat dikongsikan.  Tak sempat dan tiada idea mungkin boleh dijadikan alasan...Entah kenapa hari ni otak gagal berfungsi dengan baikkk. Tiba2 "Jem", Beku dan"Selok" dan macam-macam lagi.... sayang tak boleh dikongsikan kerana tertakluk dengan akta rahsia rasmi hehe.

Apabila melihat gambar-gambar lama, baru rasa cool sikit... dipaparkan untuk tatapan semua suasana indah di Pulau Pangkor yang sempat dirakamkan pada tahun 2007. Terlalu besar kekuasaan Allah S.W.T.





Teluk Skadas





Jumpa lagi....

Tuesday, December 22, 2009

Satu Permulaan


(Dipetik dari : cikgueya.blogspot)

" PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DARI LANGKAH YANG PERTAMA"

Mendaftar untuk menghadiri Bengkel Penulisan Novel anjuran Agensi Villa Aksara kini Astaka Villa Aksara (AVA) adalah langkah pertama. Menyiapkan sinopsis awal novel bagaikan langkah kedua. Namun masih gusar akan kemampuan diri yang maish mentah dan baru untuk mencuba. Hakikatnya jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya dan itulah yang cuba disemai dalam diri. Insyaallah.

Saturday, December 19, 2009

Aku & Halim Yazid

*Terasa kecilnya dunia, dalam kesibukan untuk ke Sabah atas urusan kerja, aku telah terjumpa dengan salah seorang Ikon Dikir Barat yang pernah menjadi guru aku sepanjang terlibat dengan dikir barat semasa di UM iaitu Abg Halim @ Halim Yazid. Terkejut rupa2nya sekarang ini beliau aktif membimbing kumpulan dikir barat di Putrajaya setiap malam minggu. Enam tahun lamanya aku tidak aktif dalam dikir barat dan nampaknya keinginan untuk kembali menjenggah salah satu seni persembahan yang paling popular di Kelantan mula membara.




** Lagu seribu erti kata adalah lagu pertama aku dengan Abg halim iaitu semasa persembahan penutup Malam Haluan Siswa UM 2000-2001. Kumpulan dikir barat ketika itu telah dipilih dari kalangan pelajar baru pelbagai bangsa.

***lirik lagu ini patut dihayati oleh generasi baru yang semakin luntur jati diri.

Seribu erti kata
Alaf baru bermula
Penyambong seri warna bangsa

Teguh berdiri kita
Berpanjikan susila
Membentok diri berbudaya

Ulang*

Sekian lama kita terkunci dalam gelita
Hidup tidak menjunjung apa
Dibawah panas khatulistiwa
Ohh..Hingga tumbuh melata akar budaya

Ulang*

[Guitar Solo]

Seribu tahun hasrat berlalu kita serupa
Kesopanan terpelihara kelembutan berbudi bahasa
Oh..Peribadi bangsaku meniti masa

Friday, December 18, 2009

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat datang dan berkunjung ke blog ini. Blog ini diwujudkan hanyalah sekadar untuk berkongsi minat, pengalaman, hobi dan cerita yang melingkari kehidupan kita sebagai makhluk ALLAH. Sebarang teguran membina amatlah dialu-alukan.

Al-Muhaymin a.k.a MATMIN