Wednesday, March 30, 2011

STRESS...

 Mencari Konklusi

Entri ini bukanlah mahu mengupas berkenaan isu STRESS sebagaimana tajuk entri ini. Cuma sekadar berkongsi sebuah SITUASI saat saya disapa STRESS....

Situasi 1 : Minggu lepas mengisi borang Audit Stress. Berita baiknya dapat markah 55/100 & berita buruknya telah tergolong dalam kumpulan yang mempunyai tahap stress yang paling tinggi.

Situasi 2 : 28 Mac 2011
9.00 pg - Mendengar ceramah berfikiran positif dari Dr. Azizan. Tahap motivasi begitu tinggi,   yeargh... saya hebat luarbiasa....

5.30 ptg - Punch out dari pejabat dan kereta telah melepasi pagar JPM... ketika itu nyanyian burung begitu merdu, bunga raya yang gugur bagaikan sakura....alangkah indah saat itu...

5.40 ptg - PA bos telefon suruh masuk balik  pejabat segera.... URGENT...... dan nyanyian burung tidak lagi merdu... menyusuri jalan bagaikan menuju tanah perkuburan.... (MORAL DOWN)...

Situasi 3 : 29 Mac 2011
Jemm palo otak....

***Pesan seorang ustaz, Ayat suci Al-Quran adalah terapi yang bagus bagi mengurangkan stress...
      Kenapa hanya mengurangkan? Tanya saya.
      Kerana jika tiada stress anda bukan lagi manusia, jawab ustaz itu.
      Ermmmm saya terdiam dan hanya mampu mengangguk....

    m@tmin
30 Mac 2011








Saturday, March 19, 2011

Apa yang dicari?


Berbicara tentang pencarian dalam hidup, apa sebenarnya yang dicari? Entah kenapa sehari dua ini diri banyak memikirkan tentang makna hidup, tentang apa yang dicari dalam hidup. Lantas teringatkan rangkap kata yang tertulis dalam Komik Kartini... "Tidak akan kamu merasa gundah walau sekali jika kamu tahu apa yang dicari".....

Dahulu kata-kata ini banyak menjadi pegangan dan kini nampaknya kata-kata ini kembali semula tersemat dihati... Apa yang perlu semangat harus disegarkan kembali, matlamat biar jelas dan disiplin perlu seiringan... semoga jalan dipermudahkanNYA.... amin.....

*** Ariyon, Sahak & Ujang.. sebenarnya kita berkongsi cerita yang sama hehehe........ 

    m@tmin
20 Mac 2011






Sunday, March 6, 2011

Tabik Soljar...

Dalam menyambut ulang tahun kelahiran, hati merasa bangga kerana pada tarikh yang sama adalah ulang tahun bagi penubuhan Tentera Darat Malaysia. Mungkin sebab inilah jiwa ketenteraan dalam diri begitu tebal walaupun gagal untuk menjadi pegawai tentera. (cita-cita masa sekolah). Namun demikian masih lagi boleh berbangga dengan tauliah sebagai Leftenan Muda (Wataniah).  Disebabkan kekangan kerja, masa tidak mengizinkan saya untuk aktif lagi dalam Rejimen Askar Wataniah. (gantung but).

 Kenangan bersama rakan- rakan  ROTU UM Batch 22

78 tahun dahulu Pasukan Askar Melayu telah ditubuhkan dengan kekuatan hanya 25 anggota. Kini kekuatan Pasukan Askar Melayu telah berkembang dan megah dengan kekuatan 25 Batalion. Pada awal penubuhannya, pihak British tidak  menaruh keyakinan terhadap kebolehan Askar Melayu. Tapi semua keraguan itu berjaya dihapuskan semasa Perang Dunia ke-2.

# Sejarah Rejimen Asikar Melayu Diraja (RAMD) Klik Sini.

Benteng terakhir pihak British di Singapura iaitu Bukit Chandu menyaksikan keperwiraan Askar Melayu. Pertempuran ini turut diakui oleh Jepun antara satu pertempuran yang begitu hebat dan memerlukan jepun menghantar ketumbukan yang lebih ramai. 

Berikut adalah antara perwira negara  yang telah gugur semasa mempertahankan negara iaitu Leftenan Adnan Saidi,Leftenan Ahmad Nordin, Leftenan Abbas Muhd Said, Leftenan Abdullah Saad, Leftenan Ibrahim Sidek, Leftenan Muhammad Ariffin Hj Sulaiman, Leftenan Abdul Wahid Mat Kidam dan Leftenan Muhd Isa. Manakala pegawai Askar Melayu yang mati diseksa ialah Leftenan Yazid Ahmad dan Leftenan Noordin Muhd Shaari.

Keberanian Askar Melayu bukan sahaja terkenal semasa perang Dunia Ke2, malah di seluruh dunia. Masih ingatkah lagi kita pada Peristiwa Pasar Bakhara Somalia? Filem Black Hawk Down telah menafikan dan menyelewengkan fakta tentang sumbangan Askar Melayu dalam misi menyelamat tentera Rangers Amerika ini. Peristiwa Pasar Bakhara mempamerkan kebodohan dan risikan yang lemah dari tentera Amerika. Bukan itu sahaja, kerana terlalu yakin dan bangga mereka terperangkap dalam perancangan yang tidak menjadi.

Seorang perwira kita telah gugur dalam misi menyelamat Tentera Amerika yang bodoh sombong ini iaitu Koperal  Mat Aznan. Sumbangan tentera kita dalam misi Pengaman PBB yang lain seperti di Bosnia dan Lubnan mempamerkan semangat juang yang tinggi dan tidak pernah terhakis bermula dari penubuhannya sebelum Perang Dunia Ke-2 hinggalah pada hari ini.

 Kata-kata yang terukir pada Tugu Negara

Kini setelah 78 tahun berlalu, Tentera Darat Malaysia semakin kuat dan moden. Bukan sahaja mempunyai angkatan udaranya sendiri tetapi perolehan moden seperti Kereta Kebal PT91M(Pendekar), Pelancar Roket Berganda (Astros 2 & 3) dan penggunaan kenderaan Humwee yang memudahkan susun atur pergerakan yang lebih pantas banyak meningkatkan kekuatan dan keupayaan Tentera Darat.

Dengan sambutan setiap tahun iaitu pada 1 Mac, semoga Tentera Darat akan terus maju dan gagah sebagai benteng yang mempertahankan negara dari segala ancaman luar mahupun dari dalam. Ketabahan dan keteguhan yang ada pada tentera-tentera kita pastinya akan membawa Tantera Darat ke satu tahap yang tinggi dan digeruni.

Tabik kepada anda semua Soljar...... GEMPUR WIRA................

Kenangan bersama rakan PTD Batch 1/2006 semasa di PULADA

Al-Fatihah buat wira bangsa yang telah gugur demi mempertahankan negara...

m@tmin
* Semangat perjuangan harmoni.........




Wednesday, February 23, 2011

Tiada Alasan Untuk Berjaya...

"Kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah dicapai dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk digenggam".


"Halangan yang ada bukanlah alasan bagi sesebuah kegagalan dan kesenangan yang dimiliki bukanlah jejambat untuk kejayaan. Kejayaan hanya akan datang serta dapat dikecapi dengan usaha dan doa. Tanpa usaha tiada apa yang akan dapat dicapai, tanpa doa pudarlah keazaman".

Semalam tersentuh jiwa tatkala membaca beberapa laporan berita dari akhbar tentang kejayaan pelajar dalam STPM 2010. Teringat saat-saat ketika saya mengambil keputusan STPM 1999 dahulu.  Sekarang saat-saat itu hanya mampu berputar diminda sahaja dan saat-saat itu semakin jauh bersama masa.

Pada tahun ini, antara pelajar-pelajar terbaik  STPM 2010 yang diumumkan, terdapat mereka -mereka yang tertentu menarik perhatian saya.

1. Anak tukang sapu memperoleh 5 A Klik sini .

2. Pelajar OKU mencatat keputusan cemerlang Klik sini .

Nah ! sebenarnya tiada alasan untuk berjaya, semuanya terpulang pada diri masing-masing.

Bukan untuk memberi ceramah atau menunjuk pandai, sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan berkongsi untuk manfaat semua.

Jumpa lagi...



Sunday, February 20, 2011

PUISI BEKAS MUFTI KEPADA SULTAN

 BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…

raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA,
160211

Diambil dari malaysiakini.com.

Secara peribadi, Sultan Muhammad Ke-5 adalah sultan yang benar2 berjiwa rakyat. Sultan & Raja lain perlu mengambil contoh yang telah ditunjukkan oleh Tuanku Sultan Muhammad Ke-5. Jangan dibiarkan kemewahan dan politik menjadi pemisah antara seorang Sultan/Raja dengan rakyat. Wujudkan jambatan yang dapat mengeratkan lagi hubungan dengan rakyat kerana Sultan/Raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan.

Ibarat kata :

Tuanku Sultan/Raja adalah payung rakyat
Rakyat pula tunjang yang mendukung raja....
Raja adalah seumpama pohon
Rakyat pula adalah akarnya.....


m@tmin
(Menjunjung Kasih Tuanku)





Tuesday, February 15, 2011

Dan Interlok Pun Dibakar......

Dan Interlok Pun Dibakar

Dan Interlok pun dibakar
gambar Abdullah Hussain dibakar
tapi yang terbakar kulit di jasad Melayuku.

Dan api pembakaran Interlok pun menyala
api pembakaran gambar Abdullah Hussain pun menyala
tapi yang panas darah Melayu dalam tubuhku

Dan asap bakaran Interlok pun naik ke udara
Api bakaran gambar Abdullah Hussain pun naik ke udara
Tapi yang tercemar udara langit dan bumi Melayuku.
Dan Interlok pun hangus rentung
Gambar Abdullah Hussain pun hangus rentung
Tapi yang hangus rentung perasaan dan hati Melayuku
Dan abu Interlok pun dipijak-pijak
Abu gambar Abdullah Hussain pun dilanyak-lanyak
Tapi yang dipijak, terlanyak maruah Melayuku

Berlangsung detik sebuah kebiadapan purba
Mencakar kaca jendela peradaban bangsa
Retak
Berpetak-petak.

Berita Minggu 30hb Jan. 2011
OLEH: FATIMAH BUSU.
BAYAN LEPAS P.PINANG.

Catatan : tidak mampu lagi untuk berkata-kata.... maruah bangsa terus dikhianati.....

Monday, February 7, 2011

Liverpool Vs gagal - Demo dok akey jale soghe

Bravo The Reds... Liverpool 1 - Chel-C 0

Rasa lenguh dan sakit badan setelah memandu kereta dari Kelantan ke KL selama 14 jam tiba-tiba sahaja hilang. Terima kasih kepada ubat Raul Meireles . The Kops, ayuh terus bangkit mendaki puncak.

GAGAL....  rakan-rakan semua pastinya pernah merasa pahitnya kegagalan dan terasa hinanya diri ketika terjatuh. Dan jika dilihat dari sudut positif mereka yang berjaya itu adalah mereka yang berjaya bangkit setiap kali terjatuh atau gagal.

"Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu" - Kata Pujangga...

matmin