Rasa penat dan mengantuk hilang tiba-tiba sebaik sahaja bola mata tertumpu pada skrin TV, rupa2nya Atsro Prima menyiarkan episod akhir Drama Warkah Terakhir. Sebuah kisah tentang seorang perwira yang berjuang demi kebebasan Negeri Sarawak dari penjajahan inggeris.
Nama-nama seperti Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau dan Rentap adalah antara nama yang mungkin sudah biasa bermain di minda anak-anak kita sebagai sebahagian dari pejuang dan wira negara. Namun masih ramai antara generasi kita yang mungkin tidak pernah tahu atau lupa tentang seorang lagi pejuang yang mengorbankan jiwanya demi cinta pada tanah airnya iaitu Rosli Dhobi.
Untuk mengetahui sejarah ringkas berkenaan beliau, sahabat-sahabat bolehlah berkunjung ke web dan blog berikut : 1, 2, 3, 4.
Apa yang ingin dititipkan disini adalah berapa ramai dikalangan kita generasi pasca merdeka yang memiliki jiwa seperti Rosli Dhobi? Dalam usia yang muda beliau menyerahkan jiwa dan raga kepada agama bangsa dan negara. Beliau dihukum gantung ketika berumur 18 tahun oleh penjajah demi kemerdekaan tanah airnya yang tercinta.
Sama-samalah kita mengambil iktibar dan menanam semangat yang pernah dimiliki beliau dalam diri masing-masing. Cuba bandingkan remaja-remaja kita masa kini. Terlalu ramai yang hanyut dalam dunia budaya kuning yang dijaja oleh barat. Sedangkan nenek moyang kita sejak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka sanggup menumpahkan darah semata-mata menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan.
Berapa ramai pemuda-pemuda kita yang mati katak dijalanan kerana merempit? Berapa ramai yang terkorban dihujung jarum dadah dan ganja? Beramai ramai menjadi mangsa ubat batuk dan ectasy? Berapa ramai yang hanyut dan karam dalam pelukan gadis Indon, Vietnam dan China? Lebih menyedihkan lagi ada antara kita yang rela menggantung diri semata-mata kerana kecewa putus cinta? Bukankah lebih bagus jika ramai remaja kita sanggup mati demi agama bangsa dan negara?
Ternyata semangat keperwiraan yang dimiliki generasi terdahulu gagal dihayati dan warisi oleh generasi masa kini.
Dititipkan petikan warkah terakhir Rosli Dhobi sebagai renungan bersama yang dipetik dari KLIK SINI.
“Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darahku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saya sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki ra’ayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’gentar saya ta’ takut mati, saya terima hukuman yang telah di-jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka-hadapan.
Amin ya rabbul alamin berkat doa laillaha illahi Muhammadar rasululah. Dan saya uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa’ S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasihat yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini, surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai,k barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.
Juga petikan sajak yang pernah ditulis oleh beliau :
Panggilan-Mu yang Suci
Wahai pemuda harapan bangsa
Segeralah bangun membuatkan jasa
Kebangunanmu menyedarkan Melayu bangsa
Kehalusan kemajuan aman sentosa
Wahai pemuda bercita suci
Kekalkan Sarawak negara kita yang asli
Meskipun bagaimana ancaman terjadi
Wahai pemuda harapan bangsa
Segeralah bangun membuatkan jasa
Kebangunanmu menyedarkan Melayu bangsa
Kehalusan kemajuan aman sentosa
Wahai pemuda bercita suci
Kekalkan Sarawak negara kita yang asli
Meskipun bagaimana ancaman terjadi
Hendaklah sehidup semati
Mengibarkan bendera menggambarkan hati
Menunjukkan rupa bangsa dan negeri
Mengenangkan hak di tanah air sendiri
Wahai pemuda yang bersemangatkan gelisah
Insaflah pada perjuangan bangsa
Lambat-bangat ditakzir Allah
Mengibarkan bendera menggambarkan hati
Menunjukkan rupa bangsa dan negeri
Mengenangkan hak di tanah air sendiri
Wahai pemuda yang bersemangatkan gelisah
Insaflah pada perjuangan bangsa
Lambat-bangat ditakzir Allah
Bangsa dan tanah air tetap merdeka
Nota: Petikan sajak ini telah ditulis oleh Rosli Dhobi dengan menggunakan nama samaran Lidros.
Nota: Petikan sajak ini telah ditulis oleh Rosli Dhobi dengan menggunakan nama samaran Lidros.
Semoga semangat keperwiraan yang pernah dimiliki oleh generasi terdahulu terus subur dan mekar dalam diri kita bangsa Melayu dalam mempertahankan Agama, Bangsa Dan Negara. INSYAALLAH.
jumpa lagi......