7 tahun lalu, semasa di UM, analogi bas dan cinta ini pernah aku gunakan pada seorang teman. Ketika itu dia adalah bas pertama dan aku adalah penumpang. Malangnya aku tidak naik dikala bas pertama itu berhenti...aku terus menunggu bas yang lain... dengan harapan bas yang kedua yang lebih baik akan berhenti.... malangnya tidak... apabila bas yang pertama kembali lagi bas berkenaan telah penuh dan tiada tempat untuk aku.... bas pertama terus berlalu.....
Pada hari Jumaat lepas (19 Feb 2010), semasa meninjau sebuah kedai buku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, terjumpa sebuah buku yang menarik iaitu Dunia Ini Sederhana Kecil karya Baharuddin Bekri (terbitan PTS One Sdn. Bhd tahun 2008).... aku tertarik dengan buku ini apabila analogi bas yang digunakan bagi menggambarkan manusia dengan cinta... ternyata berbaloi membayar RM 23.90 untuk buku ini.... Isteri aku pelik sebab selalunya aku akan ketawa seorang diri bila membaca komik tetapi bila baca novel ni pun aku boleh bantai gelak.... novel ini penuh falsafah, santai dan tidak terlalu berat bagi otak...
Inilah analogi yang digunakan oleh penulis dalam novel ini :
" Bas ini umpama cinta yang kita tunggu. kadangkala ada cinta yang hadir, namun kerana merasakan ia tidak sesuai dengan diri kita, kita membiarnya terus berlalu. kemudian datang pula cinta yang kita rasa sesuai dengan hati kita . Sayangnya cinta itu telah berpunya. kita hanya mampu melihat ia pergi".....
Gambar : Bas mini yang menjadi penghubung antara Jajahan Bachok dan Kota Bharu (15 Feb 2010). Gambar ini diambil ketika ini bas sedang menunggu penumpang di Stesen Bas Bachok.
Jumpa Lagi..........
No comments:
Post a Comment