Peristiwa ini seolah-olah mengiakan bahawa negara sedang mengalami keruntuhan institusi kekeluargaan yang amat DAHSYAT... Apa tidaknya, satu demi satu mayat bayi dijumpai terbuang dari lubang longkang hinggalah tong sampah...
Terdetik dalam hati bahawa manusia-manusia yang melakukan perkara terkutuk ini ternyata sudah tiada naluri kemanusiaan, malahan naluri KEBINATANGAN juga tiada dalam diri. Adakah mereka ini hanya layak diletak setaraf dengan Syaitan & Iblis ? Mengapa tidak, sedangkan binatang pun sayang pada anaknya. Mungkin foto yang sempat dirakamkan ketika di Pulau Dayang Bunting, Langkawi dapat menjelaskan apa yang dimaksudkan.
Masih tergiang-giang bait-bait lagu XPDC yang memberi seribu makna.... semoga memberi pengertian dalam diri....
Mana Hilang Kasih Sayang
Diberikan Tuhan Pada Kita Insan
Hingga Kita Biar Saja Hujan Airmata
Yang Melimpah
Diberikan Tuhan Pada Kita Insan
Hingga Kita Biar Saja Hujan Airmata
Yang Melimpah
Jumpa lagi.........
No comments:
Post a Comment