Friday, March 19, 2010

KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN

Jumaat lepas berkesempatan berbicara dengan teman-teman tentang kehidupan, kekeluargaan, rumahtangga dan kenangan lalu, banyak memberi pengertian yang mendalam dan penuh makna. Kesempatan berkongsi cerita ini diambil dalam melenyapkan sedikit sebanyak tekanan kerja yang tidak pernah lelah singgah untuk ditangani.

Penuh dengan gelak tawa tatkala berkongsi cerita tentang rumahtangga, kekeluargaan dan kenangan lalu.  Bila berbicara tentang kenangan lalu, kepahitan dan  kemanisanya asyik menjenggah sukma. Kenangan pahit pastinya pedih untuk dikenang, namun pengalaman yang pahit inilah juga yang mematangkan seseorang. Kenangan manis pastinya dikenang dengan dengan harapan ianya akan berulang lagi.

Berkata seorang teman, seteruk mana pengalaman buruk yang pernah dihadapi, kita seharusnya sedar  masih ada insan yang lebih malang dan mengalami pengalaman yang tak terduga. Pengalaman pahit inilah juga yang akan dijadikan pedoman dalam menempuh hari2 mendatang. Pendek kata bukan kita sahaja pernah menghadapi babak2 paling buruk, tetapi juga insan sekeliling kita yang mungkin lebih malang dari kita... tapi jangan lupa sinar pasti menanti bila tiba masanya.

Meminjan kata2 George Clooney kepada satu watak pekerja yang bakal  dibuang kerja dalam filem " UP IN THE AIR" yang telah diterjemahkan lebih kurang macam ni berbunyi " setiap orang yang berjaya dan menakluk dunia pernah berada sebagaimana kamu berada sekarang". Memang best cerita ni tapi ada babak2 perlu dipercepatkan kerana 18SX.....daaaa

  Aku suka berkongsi kisah2 sebegini kerana pengalamanlah yang mengajar kita erti kematangan, erti kehidupan dan makna sebuah perjuangan. Cerita duka dan cerita kejayaan bukanlah untuk meraih simpati dan menunjuk-nunjuk bagi aku tapi lebih kepada berkongsi cerita. Ya cerita tentang kita semua dalam dunia yang penuh pancaroba sebagai tatapan dan pedoman dihari-hari mendatan. Itulah Kisah Klasik Untuk Masa  Depan.........

3 comments:

  1. pengalaman mendewasakan kita. Cuma kita jangan leka dengan kenangan silam. Kita perlu maju ke depan.

    ReplyDelete
  2. betul saudara zayu... langkah perlu ke depan. kenangan silam dan pengalaman hanya ingatan agar kaki tidak tersandung ketika melangkah....

    ReplyDelete
  3. thank en matmin atas penerangan yang diberikan...selaku PTD yg mungkin dh berpengalaman, boleh la kiranya berkongsi pengalaman kepada kami ni yang akan menduduki exam SPA 41 sabtu ini....kami masih merangkak-rangkak lagi ni..hehehe

    Salam ziarah kembali

    ReplyDelete