Tuesday, May 25, 2010

BILA LAGI ?

Ketika di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Kelantan sempat juga membelek majalah mingguan malaysia sebelum berlepas...
 
Mata tertumpu pada satu cerpen kreatif karya seorang kenalan yang sama-sama mengikuti kursus di bawah anjuran AVA... pelbagai perasaan mula mengocak jiwa, iri hati kerana beliau banyak menghasilkan karya, malu kerana tiada lagi hasil tangan yang berjaya dihasilkan dan tertanya-tanya kenapa orang yang paling sibuk pun sempat menghasilkan karya.

Hmmm...apakah perlu aku BERHIBERNASI seperti SF sebagaimana yang diwar-warkan dalam FBnya?


Atau.... terus mencari ruang dan peluang.... semoga dipermudahkan....

4 comments:

  1. Salam MatMin,

    Sama jugalah seperti yg lily rasa. Banyak karya banyak tempat dah hantar tapi belum rezeki. SF juga pernah berkata, baru2 nak cipta nama mmg payah tapi bila nama dah mula dikenali, cpt sekali karya tersiar.

    Apa2pun... mcm kata Puan Nisah, jgn mudah putus asa. Teruskan usaha dan sabar. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Putri Lily... semoga kita terus maju....

    ReplyDelete
  3. Salam saudara Matmin.

    Dalam bidang penulisan ni, banyak onak dan likunya. Nampak dari luaran seakan mudah tetapi dalamannya, hanya penulis sendiri yang tahu.

    Justeru, harus sentiasa menyiapkan diri dengan kesabaran dan ketabahan. Walau sebanyak mana pun kita jatuh, terus bangkit dengan segera.

    Semua onak dan liku ini mengajar kita lebih berani dan matang. Berusaha dan terus berusaha. Insyaallah, saya dan rakan-rakan di AVA sentiasa saling memberi sokongan dan dorongan.

    Salam hormat

    ReplyDelete
  4. Terima kasih saudara Rizai.. selamat datang ke blog saya...

    ReplyDelete