Apabila polis menembak mati seorang budak yang melarikan dari sekatan polis pada jam 2 pagi yang memandu dalam keadaan mencurigakan dan laju semua kecoh bagai nak rak... NGO-NGO, Ahli Politik (Drama King Banyak) dan ramai lagi mula ambil kesempatan dan menunjukkan muka MANUSIAnya....
Tapi, bila polis yang kena rempuh dengan mat rempit, ada NGO-NGO dan Ahli Politik yang tampil menghulurkan simpati? Semuanya hanya mengambil kesempatan...Ada yang menawarkan khidmat guaman percuma? Mana pergi Ketua-ketua pemuda parti?
Teryata orang-orang kita terlalu BERDRAMA....
Anggota polis pun MANUSIA juga... sama seperti kita... pastinya akan mempertahankan diri apabila nyawa terancam...
Mengambil iktibar kepada kejadian yang telah berlaku ini, ianya berbalik kepada ibu bapa juga. Berapa ramai ibu bapa yang tahu dimana anaknya berada? Apa yang sedang dilakukan? Dengan siapa mereka berkawan?
Polis hanya menjalankan tugas.. pastinya polis akan menyiasat jika ada sesuatu yang mencurigakan semasa meronda... Tidak nampakkah kita akan pengorbanan yang diberikan? Kerana perkara yang berlaku ini, seolah-olah polis ini tidak baik.... malang sungguh nasib PDRM...
Jika ibu bapa perihatin dengan anak2nya pasti mereka tahu dimana, apa dan dengan siapa anaknya berkawan...
Terlalu banyak contoh yang berada di depan mata kita... Mat & Minah Rempit tiada ibu bapakah ? Dan jika ada mana peranan yang dimainkan oleh ibu bapa? Mengapa golongan ini masih berada di atas jalanraya menunggang bagai lembu mabuk todi?
Extra Time : Menyakitkan hati bila ada budak-budak main terup kat tepi longkang rumah & memekik tak tentu hala... aku nak tidur pun susah.... tapi mak bapak diorang x marah pulak.... heran aku....
Jumpa lagi........
itulah hakikatnya senario masa kini.
ReplyDelete