Suatu pagi saya disapa khabar yang buruk dari kaki bukit. Sebuah khabar yang membawa duka. Sebuah khabar yang mengukir perit. Sebuah khabar yang mengundang tangis. Juga sebuah khabar yang meruntun simpati.
Saya tidak mahu mengulas lanjut berkenaan pusat jagaan yang dikhabarkan tiada CF oleh PBT, juga kenyataan menteri berkenaan pusat tersebut tidak berdaftar dengan kementeriannya. Bukanlah masa yang sesuai untuk semua ini.
Sekali lagi kita disentap dengan khabar duka ini. Dendam alam semakin nyata, namun kita masih belum sedar. Tragedi ini sekali lagi menelanjangkan kelemahan kita dalam melindungi alam sekitar dan juga kelemahan agensi2 yang bertanggung jawab. Sudah terhantuk baru tergadah....... orang kita....
Namun pagi ini paparan akhbar tentang peristiwa ini masih berlegar di minda. Wajah anak-anak kecil yang masih trauma dengan kejadian tersebut serta tangisan pemergian oleh ahli keluarga nyata mengundang sebak dalam jiwa. Namun saya percaya ALLAH itu maha mengetahui segala aturannya.
16 jiwa telah terkorban dan begitulah selalunya kata-kata orang tua, orang yang baik selalunya terlebih dahulu dijemput Ilahi. Mereka adalah antara anak-anak yang belajar ilmu agama dan ada antaranya bercita-cita untuk menjadi ustaz. Ada juga antara mereka adalah kakitangan yang menguruskan pusat pengajian ini. Alangkah murninya perjuangan mereka ini.
Saya hanya sekadar mampu untuk turut sama menangisi pemergian mereka. Hanya doa semoga roh mereka ditempatkan dikalangan hamba-hamba ALLAH yang dirahmati dan diredhai dapat dihulurkan. Kepada keluarga mangsa, semoga ketabahan milik kalian. Yakinlah, sampai suatu masa mereka tetap akan pergi jua.
Jauh di sudut hati saya bertanya, bilakah masanya pula untuk saya? Adakah akan berakhir dengan tragedi? Atau akan tiba masanya perlahan-lahan. Ya ALLAH... ampunilah dosa hamba MU ini, kurniakan keinsafan buat diri ini agar sentiasa patuh pada perintahMU.
Al Fatihah buat mereka yang terlibat dan semoga roh mereka dirahmati ALLAH.. amin....
MATMIN
23 Mei 2011
No comments:
Post a Comment