Hari ini saya mahu mengulas tentang sebuah filem arahan Othman Hafsham iaitu Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M. Anuar. Saya mengenali saudara Nazri M. Anuar semasa mengikuti kursus penulisan novel oleh Puan Nisah Haron Anjuran Astaka Villa Akasara (AVA). Seorang penulis yang bagus dan punyai pandangan yang tersendiri. Penulis adalah penulis kedua yang berjaya membuatkan saya ketawa semasa membaca novel selain daripada saudara Baharuddin Bekri.
Ulasan saya ini pastinya berat sebelah kerana saya hanya membaca novel berkenaan tetapi tidak menonton filem ini. Khabarnya filem ini hanya mampu mengutip RM 190,000.00 sahaja (tidak balik modal langsung). Rujuk Sini dan Sini.
Saya langsung tidak menjangkakan filem ini akan mencatat kerugian yang teruk. Ini kerana novel yang ditulis begitu bagus dan menghiburkan. Malangnya apabila diadaptasikan ke wayang gambar ianya menghadapi kegagalan.
Saya tidak mahu mengulas kenapa filem ini gagal tetapi hanya mahu mengulas kenapa saya tidak menonton filem ini. Ulasan saya ini berat sebelah kerana hanya bersandarkan kepada pemerhatian saya ketika membaca novel sahaja. Maaf, filem ini belum mampu menarik minat saya untuk menontonnya.
1. Watak Sarah
Watak Sarah dalam Novel adalah lulusan Al- Azhar yang masih mengekalkan identiti sebagai bekas pelajar islam yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan agama.
Tetapi dalam filem watak Sarah hanya memakai selendang dan berjambul (macam mak datin). Saya langsung tidak faham kenapa pengarah membenarkan watak Sarah hanya memakai selendang sedangkan Sarah adalah lulusan Al-Azhar. Ianya telah membunuh filem ini. Apakah pengarah mahu mengambarkan bahawa lulusan Al-Azhar tidak semuanya akan bertudung litup atau menutup aurat?
Keinginan saya untuk menonton filem ini mati apabila melihat Sarah hanya berselendang sekaligus menyebabkan watak Sarah di dalam Novel & Filem adalah berbeza. Yang jelas watak Sarah dalam filem bukan Sarah yang Asli.....
Watak Sarah adalah watak penting dan jika Sarah dalam filem memakai selendang dan berjambul kenapa Ali perlu mengaku belajar di Al- Azhar sedangkan Sarah dilihat sudah bebas dan moden serta tidak menutup aurat? Langsung tak faham…..
Watak Sarah yang mana sahabat-sahabat mahu lihat?
Yang ini ?
Atau yang ini?
2. Watak Ali
Gambit…. Boleh blah…
Langsung tak sesuai… kenapa tidak Pekin? Rasanya lebih sesuai berbanding Gambit. Watak Ali tidak dapat digambarkan sepenuhnya oleh Gambit....
Itu dua sebab mengapa saya tidak teruja hendak menonton filem ini. Mungkin juga inilah antara sebab mengapa filem ini gagal....
*x boleh bagi bintang sebab tak tengok...................

14 Sept 2011
oh pernah masuk kursus penulisan novel ye.. menarik! bila nak tulis novel pula?
ReplyDeleteSetuju dengan komen anda, saya pun tak setuju dengan watak2 dalam filem tu.. lain benoo.
ReplyDelete