Alhamdulillah, 2012 bakal tiba ke penghujung dan lembaran baru 2013 bakal menjelma. Seperti biasa, penghujung tahun bakal menjadi medan untuk umat manusia bermuhasabah diri dan menilai pencapaian sepanjang tahun 2012. Seperti biasa juga ramai yang akan menanam azam dan impian baru.
Banyak status fb dan blog yang saya baca mengulas tentang pencapaian sepanjang tahun serta mula menyenaraikan azam dan impian untuk tahun 2013. Bagi saya, individu yang menanam azam dan impian adalah individu yang berjiwa besar. Saya tertarik dengan beberapa orang kenalan dan penulis blog yang telah menyenaraikan azam dan impian untuk tahun 2013. Antara azam dan impian yang menarik bagi saya adalah Mencapai Kebebasan Kewangan. Beberapa bulan kebelakangan ini saya lebih tertarik meneroka blog-blog pelaburan hartanah dan kebanyakan mereka ini menetapkan sasaran untuk Mencapai Kebebasan Kewangan. Satu azam dan impian yang bagi saya bukan sesuatu yang mudah kerana ianya mungkin mengambil masa setahun atau mungkin juga bertahun-tahun.
Namun demikian ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Gantungkan apa sahaja azam dan impian walau setinggi gunung, kerana manusia yang tiada azam dan impian adalah manusia yang telah mati. Saya sering mengingatkan diri bahawa dalam merealisasikan azam dan impian, prinsip-prinsip berikut harus dipegang.
Perancangan yang rapi, Usaha, Disiplin, Ketabahan Hati, Semangat tinggi dan yang paling penting Memanjatkan Doa pada Allah. InsyaAllah akan dipermudah dan dimakbulkanNYA.
Sejujurnya banyak azam dan impian saya sepanjang tahun 2012 tidak tercapai. Banyak faktor yang mempengaruhinya dan ianya bukanlah sesuatu yang kekecewaan yang perlu dipendam di lubuk hati. Untuk tahun 2013 saya cuba menyenaraikan azam dan impian yang saya cuba capai. Saya cukup keberatan untuk menyenaraikannya di sini. Cukup saya nyatakan yang saya ingin menjadi HambaNYA Yang Terbaik dan Insan Yang Terbaik untuk keluarga dan mereka disekeliling saya. InsyaAllah.....
2013... lembaran baru sebuah perjalanan.....

m@tmin
31.12.12