Terpegun menatap foto seorang teman yang sekarang ini berada di Palestin bumi para anbiya. Rakan-rakan semasa persekolahan dahulu memanggilnya Mat Sheikh atau nama sebenar Syeikh Kyaider Shamzary dan anak kelahiran Danau Tok Uban ini secara sukarela menyertai rombongan Misi Kemanusiaan Solidariti Rakyat Palestin. Bekas Lt. Muda ROTU UTM tahun 2002 dan pernah menjadi rakan satu platun Kadet Polis MML 1995-1997. Semasa menyewa rumah bersama tahun 1997, Mat Syeikh adalah tukang masak tidak rasmi kami.
Ramai yang mempertikaikan pemergian misi kemanusiaan ini dan tidak kurang juga yang mencemuh. Ramai yang mengatakan kumpulan ini hanya mencari publisiti.
Secara peribadi, saya berpendapat kehadiran mereka ini sekurang-kurangnya memberi SEMANGAT, MENGHILANGKAN RESAH AKIBAT TERPINGGIR dan MEMBERI KEYAKINAN PADA RAKYAT PALESTIN BAHAWA DUNIA MASIH BERSAMA MEREKA. Benar rombongan ini tidak membawa senjata dan turut menyertai pertempuran. Sedar atau tidak, jalan jihad bukan hanya satu. Tidak terhad dengan memikul senjata, dengan cara MENDOAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT PALESTIN dan MENGHULURKAN SUMBANGAN juga boleh dianggap jihad untuk menegakkan sebuah NEGARA ISLAM PALESTIN.
Tidak semua berpeluang menjejak kaki di bumi para anbiya ini untuk berjihad. Apa yang penting sokongan kepada rakyat Palestin adalah TANGGUNGJAWAB UMAT ISLAM SEMUA tidak kira bagaimana cara yang diambil....
Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya'ud.....
m@tmin
10.12.12
No comments:
Post a Comment