Tuesday, April 9, 2013

Cara Mudah Untuk Menabung


Kebelakangan ini saya sering melawat blog-blog berkaitan dengan ilmu kewangan dan pelaburan. Rupanya begitu banyak ilmu, tips dan panduan pengurusan kewangan yang  berguna diperolehi dengan mudah dan percuma. Dalam dunia yang serba menggunakan kepingan not-not RM, tidak dinafikan ilmu pengurusan kewangan amat penting kepada semua orang di pelbagai lapisan. 

Setiap orang pastinya meletakkan matlamat/sasaran dalam pengurusan kewangan. Ada yang mahukan KEBEBASAN KEWANGAN, KETENANGAN KEWANGAN dan ramai yang mahu menjadi KAYA. Banyak cara yang boleh diaplikasikan untuk mencapai matlamat diatas contohnya MELABUR, MENABUNG, BERNIAGA dan juga  KERJA PART TIME. Sebenarnya banyak lagi cara yang tidak saya sebutkan dan boleh diperolehi dengan mudah melalui "pak cik" google.

Apa yang saya mahu ketengahkan adalah cara MENABUNG. Bagi saya MENABUNG adalah satu perkara yang menjadi ASAS dalam pengurusan kewangan. Kalau tiada tabungan/simpanan mana mungkin untuk kita membuat pelaburan ataupun membeli aset. Gagal  untuk MENABUNG adalah satu penyakit kewangan yang serius. Banyak buku dan artikel kewangan yang saya baca menyarankan setiap individu MENABUNG sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan. 

Saya sendiri mengakui tabiat MENABUNG ini bukan sesuatu yang mudah hendak dilaksanakan. Kadang-kadang tanpa disedari pendapatan yang diperolehi telah dibelanjakan tanpa sedikit pun menyimpan. Kebanyakan penasihat kewangan menasihatkan supaya MENABUNG dilakukan terlebih dahulu dan barulah lebihan pendapatan itu dibelanjakan. Saya percaya ramai yang mengatakan pendapatan yang ada hanya cukup-cukup makan dan dibelanjakan untuk komitmen bulanan yang ditanggung. Dengan kata lain MENABUNG telah dianggap sukar dan membebankan. Kadang-kadang saya juga beranggapan sedemikian.

Sebenarnya ada cara yang mudah untuk MENABUNG jika amalan menyimpan 10% dari pendapatan begitu membebankan. Kaedah MENABUNG  ini saya petik dari blog pakdi.net. Saya tertarik dengan artikel saudara Suzardi Maulan a.k.a Pakdi tentang cara mudah untuk MENABUNG dan saya baru sedar yang saya sebenarnya telah pun melaksanakan kaedah yang disarankan.

1. Simpan Duit Syiling
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Lebihan syiling setiap hari saya masukkan dalam tabung. Membawa duit siling yang banyak bukanlah satu pilihan yang bijak dan disukai ramai. Berat tu. Saya mula menyimpan duit syiling selepas saya berkahwin. Tujuan awalnya adalah bagi menyediakan tabungan untuk duit raya. Alhamdulillah, setiap tahun saya tak perlu fikir berkenaan duit raya untuk sepupu dan anak-anak rakan. Tahun lepas sahaja saya berjaya menabung RM 400 dalam 2 bekas mister potato. Tips dari saya, sediakan beg plastik yang kukuh dan asingkan terus bagi memudahkan pihak bank memproses penukaran duit raya.

2. Main Kutu
Pakdi turut menyenaraikan Main Kutu sebagai satu cara MENABUNG yang mudah. Sudah masuk tahun ketiga saya Main Kutu dengan rakan sepejabat. Main Kutu bukanlah sesuatu yang asing bagi saya. Semasa saya bersekolah, ibu saya di kampung sering bermain kutu. Banyak peralatan dapur, perabot, langsir dan juga kain pasang adalah hasil Main Kutu. Isteri saya juga seorang pemain kutu yang tegar hehehe. Sejujurnya 3 tahun kebelakangan ini saya tidak terlalu memikirkan masalah pembayaran insurans kereta kerana saya jadikan duit dari Main Kutu sebagai simpanan untuk menyelesaikan komitmen berkenaan. Bagi saya Main Kutu adalah satu cara terbaik untuk mendisiplinkan diri dalam MENABUNG. Kita akan rasa segan dan malu jika tidak membayar.

3. Kumpul Si Duit hijau
Saya benar-benar tertarik dengan cara ini. Baru  3 minggu saya mencuba cara ini dan seronok juga apabila melihat warna hijau dalam tabung. Kalau boleh saya cuba untuk masukan sekeping kertas hijau ni setiap hari. Cuma masalahnya kertas hijau ni bukanlah setiap hari ada dalam dompet. Pendek kata Duit hijau ni jarang kita dapat berbanding RM 1, RM 10, RM 50. Pakdi menyarankan cara ini kerana kertas hijau  dalam kategori sederhana. Nilainya tidak terlalu tinggi  dan tidak terlalu rendah.

Banyak lagi sebenarnya cara mudah untuk MENABUNG. Laman pakdi.net mungkin boleh membantu rakan-rakan pembaca untuk mendapatkan ilmu berkaitan pengurusan kewangan. Saya sarankan juga rakan-rakan untuk membaca buku-buku pengurusan kewangan seperti  Jutawan Di Planet Jupiter tulisan Azizi Ali,  Tahukah Anda Jiran Anda Seorang Jutawan tulisan Azman Mohd Sharif dan  Ke Mana Wang Anda? tulisan Hajah Rohani. Sangat berbaloi dan sesuai untuk jadi bahan bacaan untuk keluarga.

m@tmin
Jln. Klang Lama
9.4.2013

5 comments:

  1. Salam. Ini ada satu website utk sesiapa yg suka jwb soalan2 survey. Bukan survey free je tau.. Tapi kita akan dibayar utk setiap soalan survey yg kita jawab. Alaa bukannya susah pon nak jawab soalan survey ni kan? Lagi banyak survey yg kita jawab, lagi banyak la kita duit yg akan kita dapat. Ada survey yang menawarkan sampai RM7.00. Saya dah cuba, dan dah dapat RM10 dah pun. RM10 je la, sebab saya jarang online. Kalau rajin, mesti lg byk dapat. Daftar free je.. Jom try ke link ini:
    http://my.ipanelonline.com/register?inviter_id=2321921

    ReplyDelete
  2. Salam. Ini ada 1 website yang terbukti memberikan pulangan yg lumayan hanya dengan cara klik pada iklan2 yang disiarkan. Jom daftar sekarang pada link ini : http://www.clixsense.com/?6344221 free je, tak perlu modal. Lepas daftar, teruslah klik pada iklan2 yg disediakan. Lepas klik iklan, akan keluar 5 gambar iaitu 4 ekor anjing dan 1 ekor kucing. Cuma klik pada gambar kucing sahaja. Lebih banyak anda klik, lebih banyak la duit yang masuk pada akaun anda. Untuk lebih berkesan, ajak kawan ramai2 sertai website ni. Saya dah cuba, InsyaAllah tiada penipuan. Jom klik! http://www.clixsense.com/?6344221.
    Ataupun cuba link ini: http://www.neobux.com/m/v/?rh=706970616862657A Daftar free. Mudah je. InsyaAllah menjadi.

    ReplyDelete
  3. Kaedah no 3 bagi saya amat menarik. Payoh nok jupo tips gini.

    ReplyDelete
  4. thank sbb bg idea utk menabung..sgt2 ttarik ngan c duit hijau.. :-D

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
    .
    Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    " Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

    ReplyDelete