Tuesday, June 17, 2014
Thursday, May 8, 2014
Tentang Buku : Melayu Hilang Di Dunia
Semasa di Pesta Buku Antarabangsa 2014 di PWTC, saya telah berkesempatan bertemu seorang 'lejen' dalam dunia perfileman dan sastera iaitu Abang Khalid Salleh. Tidak mengenali beliau secara dekat, tetapi cukup untuk saya simpulkan yang beliau mudah mesra dan boleh buat lawak. Tiba-tiba terlintas di fikiran antara adegan-adegan lakonan beliau yang saya masih ingat dalam filem JOGHO.Teringat saat bersesak-sesak menonton VCD ini dalam bilik seorang rakan semasa di UM.
Alhamdulillah dapat sedikit waktu bersembang dengan beliau dan hasilnya 2 buku tulisan beliau saya beli siap bertandatangan. Boleh diketegorikan antara koleksi buku saya yang paling berharga. Saya ingin ceritakan sedikit tentang buku beliau yang pada saya amat sensitif bagi sesetengah pihak iaitu MELAYU HILANG DI DUNIA. Sepengetahuan saya, karya yang diterbitkan pada 2011 ini tidaklah pula diharamkan oleh pihak berkuasa. Bagi saya tidak salah untuk beliau meluahkan rasa dan pendapat beliau.
Sejujurnya saya juga sama seperti beliau, bimbang dengan masa depan MELAYU. Sejak akhir-akhir ini banyak pihak yang mempertikaikan tentang MELAYU tanpa pertimbangan yang sewajarnya. Abang Khalid Salleh nyata begitu marahkan pemimpin negara dan ahli-ahli politik di atas kegagalan mempertahankan MELAYU dalam tulisannya ini. Ada benarnya bagi saya. Namun begitu, kegagalan mempertahankan MELAYU tidak boleh diletakkan 100% keatas pemimpin negara dan ahli-ahli politik berkenaan. Sebahagiannya adalah kerana SIKAP ORANG MELAYU itu sendiri.
Cubalah orang MELAYU selami balik sejarah lampau. InsyaALLAH di situ akan adanya petunjuk. Rujuk balik pepatah-pepatah lama. Ada sindiran yang perlu kita rungkaikan. Berbalik pada buku MELAYU HILANG DI DUNIA. Ada antara isinya yang dilihat berulang-ulang contohnya Waadat antara Demang Lebar Daun dan Sri Tri Buana.
Saya amat percaya, anak-anak MELAYU ramai yang tidak tahu apa itu Waadat antara Demang Lebar Daun dan Sri Tri Buana malah mungkin juga tidak pernah mendengar nama Demang Lebar Daun dan Sri Tri Buana. Seperti saya sarankan tadi, selamilah balik sejarah lampau. Sejarah Waadat antara Demang Lebar Daun dan Sri Tri Buana. Di sini adanya ikatan yang mampu dileraikan dalam meneruskan kelangsungan MELAYU. Pentingnya peranan pemimpin dan juga peranan rakyat. Jika kedua-duanya (pemimpin dan rakyat) gagal dalam memainkan peranannya, selama itulah MELAYU akan terhakis sedikit demi sedikit.
Buku beliau mungkin dilihat RASIS. Tapi itulah hakikatnya apabila berada di MALAYSIA yang mempunyai kepelbagaian kaum. Apabila anda bercakap tentang sesuatu kaum/bangsa, anda akan dilihat RASIS. Kita tidak boleh lari dari hakikat ini. Kepelbagaian kaum boleh menjadi bom jangka kepada negara jika kita pilih untuk bersengketa tetapi akan menjadi indah apabila kita cuba mencari titik persamaan.
Buku ini boleh dijadikan bacaan semua pihak lebih-lebih lagi ahli politik untuk memahami perkara pokok yang ingin diketengahkan iaitu kelangsungan MELAYU. Ianya satu luahan yang tidak boleh dipandang ringan oleh kepimpinan negara.
Sebelum saya berundur, hidup dalam masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kaum sebenarnya MEMERLUKAN SATU PERSEFAHAMAN dan TOLAK ANSUR. Rakyat MALAYSIA bukanlah bodoh untuk memahami perkara ini. Peranan pemimpin negara dan parti politik mampu merealisasikan sebuah negara yang aman damai. Tapi dengan syarat, fahami terlebih dahulu konsep ADIL dan HAK KESAMARATAAN dalam konteks negara MALAYSIA.
Ada boleh bersetuju dan anda boleh saja menolak pendapat penulis buku MELAYU HILANG DI DUNIA ini. Terpulang pada kita semua untuk menilai.
m@tmin
Jalan Klang Lama
8.5.2014
Saturday, March 15, 2014
Tentang Buku : Jajahan Bonda
Jajahan Bonda, sebuah kisah masyarakat yang saya anggap amat dekat dengan diri saya. Sarat dengan mesej kekeluargaan, keindahan hidup bermasyarakat dan ketabahan mengejar mimpi. Jajahan Bonda wujud dari sikap tidak berputus asa dan telah sebati dalam diri penghuninya. Sikap inilah yang menjadi teras pada novel ini.
Karya kedua garapan Md Nizar Parman yang saya miliki selepas novel Silir Daksina nyata tidak mengecewakan saya. Saya akui, kejutan di bahagian akhir menyebakkan sedikit perasaan. Tidak saya jangkakan.
Watak-watak yang digarapkan pula adalah watak yang sentiasa ada disekeliling kita. Saya percaya kewujudan watak-watak sebegini dalam masyarakat banyak mempengaruhi diri kita.
Semaun, seorang yang tidak berpelajaran namun mempunyai visi dan cita-cita yang besar.
Mahanum, seorang yang tabah.
Kodin, watak yang jarang ada dikalangan anak muda kita iaitu seorang yang bercita-cita menjadi petani moden walaupun mempunyai ijazah.
Pak Long, watak negatif yang sering ada dalam masyarakat kita.
Mahali, contoh seorang yang tidak kuat dan mudah berputus asa.
(sekadar menamakan beberapa watak utama)
Terima kasih kepada penulis kerana telah membawa saya kembali ke 'kampung halaman' saya dan bukanlah satu kerugian memiliki novel sebegini berbanding novel yang berpaksikan cinta 2 insan semata-mata.
Karya kedua garapan Md Nizar Parman yang saya miliki selepas novel Silir Daksina nyata tidak mengecewakan saya. Saya akui, kejutan di bahagian akhir menyebakkan sedikit perasaan. Tidak saya jangkakan.
Watak-watak yang digarapkan pula adalah watak yang sentiasa ada disekeliling kita. Saya percaya kewujudan watak-watak sebegini dalam masyarakat banyak mempengaruhi diri kita.
Semaun, seorang yang tidak berpelajaran namun mempunyai visi dan cita-cita yang besar.
Mahanum, seorang yang tabah.
Kodin, watak yang jarang ada dikalangan anak muda kita iaitu seorang yang bercita-cita menjadi petani moden walaupun mempunyai ijazah.
Pak Long, watak negatif yang sering ada dalam masyarakat kita.
Mahali, contoh seorang yang tidak kuat dan mudah berputus asa.
(sekadar menamakan beberapa watak utama)
Terima kasih kepada penulis kerana telah membawa saya kembali ke 'kampung halaman' saya dan bukanlah satu kerugian memiliki novel sebegini berbanding novel yang berpaksikan cinta 2 insan semata-mata.
m@tmin
Jln. Klang Lama
16.3.2014
Friday, February 28, 2014
Tentang Buku : Sang Pemimpi
Beberapa hari yang lepas saya berkesempatan membelek Sang Pemimpi karya Andrea Hirata. Karya kedua dalam Tetralogi Laskar Pelangi. Karya yang telah lama diterbitkan, namun baru kini berkesempatan menghayatinya.
Satu karya yang jujur tentang anak-anak Belitong. Karya yang memaparkan perjuangan dalam mengejar mimpi. Jika rakan-rakan mahu mengerti tentang persahabatan sejati, kekeluargaan dan cita-cita, hadamlah buku ini. Jika rakan-rakan sedang mencari karya yang jujur, dapatkanlah buku ini.
Anda tidak akan jumpa Tengku Adam atau Ariana Rose dalam karya ini, hanya Watak Ikal, Arai, Jimbron dan Bang Zaitun yang berjuang mencapai mimpi. Saya tidak mahu memaparkan sinopsis Sang Pemimpi, rakan-rakan boleh gunakan pakcik 'google' untuk membaca sinopsisnya. Saya yakin anda tidak akan kecewa apabila karya ini berada ditangan.
"tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati" Arai.
m@tmin
27.2.2014
A'Famosa Resort, Melaka
Thursday, February 13, 2014
Leftenan Adnan - 14.2.1942
ADNAN - 14.2.1942
Hei anak muda...
Ada kisah yang ingin aku tuturkan
Tentang pemuda bernama Adnan
Lahirnya di Sungai Ramal
Gugurnya di Pasir Panjang
Hei anak muda...
Tumpah darahnya penuh keberanian
Dari jasad yang berjiwa kental
Walau terkubur tanpa tanda
Terpahat namanya pada tugu sejarah
Hei anak muda...
Adnan telah tinggalkan cintanya pada nusa
Untuk kamu teruskan
Untuk kamu laungkan
Untuk kamu pertahankan
Hei anak muda...
Hari ini... ayuh semua
Bangkitkan Adnan dalam dirimu
Bangkitkan semangatnya dalam perjuanganmu
Menjulang tinggi lambang merdeka....
m@tmin_SOLJAR
14.2.2014
Hei anak muda...
Ada kisah yang ingin aku tuturkan
Tentang pemuda bernama Adnan
Lahirnya di Sungai Ramal
Gugurnya di Pasir Panjang
Hei anak muda...
Tumpah darahnya penuh keberanian
Dari jasad yang berjiwa kental
Walau terkubur tanpa tanda
Terpahat namanya pada tugu sejarah
Hei anak muda...
Adnan telah tinggalkan cintanya pada nusa
Untuk kamu teruskan
Untuk kamu laungkan
Untuk kamu pertahankan
Hei anak muda...
Hari ini... ayuh semua
Bangkitkan Adnan dalam dirimu
Bangkitkan semangatnya dalam perjuanganmu
Menjulang tinggi lambang merdeka....
m@tmin_SOLJAR
14.2.2014
Sunday, January 26, 2014
Tentang Buku : Qalam Kalbu
Semalam saya sempat membaca Novel Qalam Kalbu karya Sri Rahayu. Novel terbaru yang saya beli 2 Minggu lepas. Karya ini telah mendapat
tempat kedua dalam Sayembara Penulisan Novel, Cerpen Dan Puisi ITBM-PENA-BH yang baru diumumkan. Aneh juga rasanya apabila saya memilih untuk mendapatkan novel ini terlebih dahulu berbanding Novel D.U.B.L.I.N karya Wan Nor Azriq Wan
Mokhtar yang mendapat tempat pertama.
Selain tertarik dengan paparan kulit novel ini, sinopsis yang digarapkan juga sedikit sebanyak membuatkan saya tertarik dengan novel ini. Membaca novel ini bagaikan seorang penyiasat yang mencari sebuah jawapan. Jalan cerita yang menarik dan mengangkat keindahan seni Kaligrafi Islam, Silat, dan juga seni lukis. Cuma di akhir cerita, pencarian Muhammad Azim dalam novel ini seolah-olah tidak tercapai sepenuhnya.
Menariknya lagi, saya ingatkan Ganchong adalah nama satu tempat di luar negara. Rupanya saya tersilap, Ganchong dalam novel ini adalah sebuah mukim yang wujud di Negeri Pahang. Satu maklumat yang baru untuk saya.
Tidak rugi untuk memiliki novel ini dan amat sesuai untuk bacaan keluarga. Qalam Kalbu adalah karya Sri Rahayu yang kedua saya miliki selepas Bimasakti Menari. Kedua-duanya bagi saya adalah karya yang amat bagus dan ada tarikan yang tersendiri.
Sinopsis :
Muhammad Azim pemuda mithali si pencari jawapan. Surat-surat lama
tinggalan bapanya membingkar akar leluhur. Branwynn Gwill, seorang
perempuan suruhan yang hidup pada tahun 1881 di sebuah rumah sakit jiwa
di London telah berutus surat kepada seorang pemuda bangsawan dari
Pahang, Tun Ahmad Basil ibnu Tun Hassan perwira; titik ini mengheret
Muhammad Azim dan gurunya, Haji Mus'ab ke Kota London.
Perkelanaan Muhammad Azim dan Haji Mus'ab ke Kota London menemukan
satu demi satu kejutan. dengan mencantumkan serpihan kemusnahan keluarga
dan menemukan jalan untuk kembali ke pangkuan ayahnada dan bondanya dan
menemukan penawar untuk kalbunya?
m@tmin
Battle Control Station
27.1.2014
Subscribe to:
Posts (Atom)





