Thursday, March 11, 2010

BERJAYA SELEPAS GAGAL

Dalam perjalanan ke pejabat pagi ini, diri tertarik pada satu topik yang dibincangkan di Hot FM iaitu "Berjaya Selepas Gagal"... topik ini begitu menarik lantas membawa diri mengimbau kenangan-kenangan lama tatkala berjuang untuk mendapatkan apa yang dimiliki pada hari ini.....

Siapa yang tidak pernah gagal? Pastinya kepahitan kegagalan pernah dirasai oleh semua. samada kegagalan dalam pelajaran, bercinta, rumahtangga, kerjaya dan bermacam lagi kegagalan yang selalu singgah mengguris jiwa. Gagal bermakna kita akan merasa kecewa, resah, kehilangan, rendah diri seolah-olah dunia sudah berakhir.

Namun apa yang ingin diketengahkan bukanlan kegagalan tetapi bagaimana kita bangkit selepas gagal?
Seperti kata seorang teman "Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan".
Maknanya kegagalan yang dihadapi tidak seharusnya kita terus berputus asa dan menyerah tanpa berbuat apa-apa. Jika berlaku sedemikian itu adalah kegagalan yang paling besar.

Jika putus asa dan menyerah adalah jawapan kepada kegagalan yang dihadapi pastinya manusia seperti Thomas Edison, Tun Mahathir, Syed Mokhtar Al-Bukhari dan ramai lagi manusia yang pernah gagal sebelum mengecap kejayaan tidak akan wujud.

Teringat kisah kegagalan seorang teman yang boleh dianggapkan sebagai AKU,

1. Putus cinta sebanyak 5 kali, kini sudah mempunyai seorang isteri dan rumahtangga yang bahagia.
2. Pernah gagal dalam  peperiksaan bagi memasuki perkhidmatan awam sebanyak 11 kali, kini bergelar pegawai kerajaan.
3. Gagal memasuki Akademi Tentera tetapi berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Askar Wataniah semasa di universiti.
4. Kecewa atas perpisahan ibu bapa yang terjadi, kini gembira dapat berbakti kepada kedua ibu bapa walaupun masih berpisah.
5. Tidak cemerlang dalam SPM tapi cemerlang dalam STPM.

Persoalannya  JIKA KITA BERPUTUS ASA DAN MENYERAH KALAH ADAKAH SEMUA INI MAMPU DIMILIKI?

Sahabat-sahabat semua tahu jawapannya.

Meminjan kata-kata Kartunis Tembakau dalam komik beliau KARTINI, " Tidak Akan Kamu Berasa Gundah Walau Sekali Jika Kamu Tahu Apa Yang Dicari".
Maksudnya jika anda tahu matlamat dan hala tuju anda, maka kegagalan bukanlah penghalang dalam mengecap kemanisan sebuah kejayaan.

Jumpa lagi...........

1 comment:

  1. Kadang2 kita tercari2 jalan utk teruskan langkah kita. biar seribu kekecewaan menjengah kita cuba untuk bangkit... bicara ini begitu terkesan dihati saya. kdg2 blum pun kita mampu untuk bgn kita jatuh dan tersungkur kembali. kita cari tangan yang sudi memimpin kerana ada ketikanya kita sudah habis daya untuk bangkit. terlalu byk kekecewaan dan kegagalan buat kita benci untuk terus merancang. kita tenggelam dalam dunia sempit yang kita ciptakan. kita terasing, jauh dr semua. tidak keluarga, juga kawan2. kita hilang sebenarnya.... hilang dalam keriuhan.... jiwa kita, hati kita kosong. kita mencari.... kita merintih.... mungkin DIA belum temukan kita dgn bahagian yang nyata telah DIA janji kan.... Bila ku rasa resah, bila ku rasa pilu, bila ku kekosongan, KAU tempat ku mengadu...

    Sarat derita rasa hanya hati yang mengerti.

    p/s : big bro, sst yang cuba di kongsi tapi sukar dimengertikan.

    ReplyDelete