Pernah tak anda berada di dua persimpangan dimana anda tidak tahu simpang mana yang harus dipilih ?
Pastinya pernah, jika tidak anda pastinya bukan benda hidup kerana kelangsungan hidup diteruskan dengan pilihan...
Namun malangnya ramai antara kita membuat pilihan hanya berpandukan hati dan nafsu semata2, jarang sekali menggunakan akal fikiran sebagai pertimbangan....
Kisah adik HALIMATON sebagai contohnya, seorang Pelajar Cemerlang PMR dan mempunyai harapan yang cerah untuk berjaya dalam pelajaran... namun malangnya gadis berusia 15 tahun ini memilih untuk melarikan diri dari rumah dan memutuskan untuk berkahwin dengan seorang pemuda.
Malang sungguh, kerana kasih kepada Mohamad Noor keluarga sangup disingkirkan. Terlalu cetek pemikiran si gadis ini... pada umur yang sepatutnya berada di medan pelajaran si gadis ini telah memilih untuk menyandang gelaran sebagai seorang isteri. Apakah pilihan gadis ini adalah tepat ? Hanya masa dapat menetukannya....
Jauh disudut hati aku, gadis ini telah membuat pilihan yang salah. Entah sedar atau tidak, tanggungjawab dalam rumahtangga adalah sesuatu yang berat dan bukan boleh dipandang ringan. Ianya perlu pada kematangan dan tolak ansur.
Pernah tersiar satu artikel menyatakan kebanyakkan kes perceraian yang berlaku di negara kita pada hari ini adalah dikalangan golongan muda. Antara faktor2nya adalah disebabkan kurangnya persediaan mental dan fizikal hidup bekerluarga. Lebih2 lagi, dalam usia remaja hanya keseronokkan yang mewarnai kehidupan.
Entahlah......... (abis modal)
Jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment