Sekeping gambar yang dimuat naik oleh seorang sahabat lama dalam FB telah menarik perhatian. Fuhh... tidak pernah aku sedari akan kewujudan gambar yang pernah diambil ketika aku berumur 9 tahun. Foto yang dimuat naik adalah gambar semua murid darjah dua pada tahun 1987 ketika di Sek. Keb. Kg. Chengal (SKKC) dan diantara wajah-wajah suci ketika itu terselit wajah cute aku ketika sekolah rendah dulu.
Foto ini nyata memberi kesan yang mendalam pada diri, bagaikan menyusuri terowong masa kembali semula ketika bersama rakan-rakan di SKKC. Begitu banyak kenangan dengan rakan-rakan ketika zaman persekolahan. Antara aktiviti-aktiviti sihat @ tidak sihat yang pernah dilalui dengan rakan-rakan seperti :
1. Tangkap ikan sepilar @ ikan karing padang.
2. Main tudung botol
3. Lastik burung, kadang-kadang kambing & lembu jadi mangsa (kambing dan lembu jadi papan target untuk praktis)
4. Mandi sungai, lebih-lebih lagi musim bah... air banyak baru best berenang. (kadang-kadang mandi & cari etak di ampangan ketereh).
5. Race basikal... dulu rempit dah ada tapi tak glamour hehe
6. Main bola kaki 3
7. Polis sentri...
8. Ronda-ronda kat Pekan Ketereh... (tak pernah bagi tahu mak aku hehehe)
9. Laga buah getah...
Paling aku suka bila singgah kedai Mat Nor (kedai ni masih ada lagi) yang terletak betul2 depan pintu pagar sekolah, aku dapat beli Ding Dang @ Tora. Masa tu harga hanya 50 sen sahaja dan seingat aku mainan yang last aku dapat adalah kapal selam. Teringat juga gula-gula Combat (pasal pembalutnya gambar askar WWII) cuma 5 sen satu, entah ada lagi atau tidak gula-gula ni....
Aku no. 7 dari kanan
Kini 23 tahun telah berlaku, alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bertemu dan bertanya khabar dengan sahabat-sahabat ketika di SKKC walaupun tidak semua. Juga Al-fatihah buat sahabat Rosli Bin Said yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lepas.
Satu perjalanan : SKKC 1986 - 1991 (satu kenangan yang tidak akan pernah mati)
Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment