Alhamdulillah, diri masih berkesempatan untuk mengharungi Ramadhan yang mulia ini. Sepanjang berada di KL bermula tahun 2000 hingga 2009, hati selalu rindukan kemeriahan di kampung semasa berbuka dan ketika menunaikan Solat Terawih. Namun tahun ini nyata berbeza, kerinduan kepada suasana kampung terubat sama sekali.
Seronok berbuka bersama-sama kariah di surau kawasan kediaman yang baru 8 bulan diduduki. Kanak-kanak riang berlari selepas Solat Terawih, jemaah yang mudah mesra bertanya khabar dan berkongsi cerita. Terasa ikatan yang harmoni dikalangan penduduk di sini sekaligus menghilangkan rasa ragu-ragu yang wujud ketika membeli apartmen disini. Ini juga bermakna, perasaaan ini hanya wujud selepas 9 tahun mengharungi kehidupan di bandaraya KL.
Namun demikian, hati merasa kecewa dengan kehidupan di kota yang serba moden dan gaya hidup yang mengejar kemajuan. Akibatnya ikatan ukhuwah antara insan (lebih-lebih lagi orang melayu & muslim) telah terurai dan semakin menjauh. Menjalani kehidupan yang tidak mengenal nama jiran sebelah dan tidak bertegur sapa begitu meresahkan seolah-olah hidup bermasyarakat tidak wujud.
Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk hidup di kotaraya yang moden dan cuba berlari seiring arus kemajuan?
No comments:
Post a Comment