FOKUS......
“The sun’s energy warms the world.
But when you focus it through a magnifying glass it can start a fire.
Focus is so powerful!”
Alan Pariser
But when you focus it through a magnifying glass it can start a fire.
Focus is so powerful!”
Alan Pariser
Beberapa hari kebelakangan ini saya sedar tentang suatu perkara yang saya harus renungkan. Suatu perkara yang saya harus titik beratkan dan suatu perkara yang harus saya selami iaitu FOKUS. Kebelakangan ini saya rasa terlalu banyak perkara yang saya ingin lakukan dan saya dapati tidak semua mampu saya lakukan dalam satu-satu masa. Disebabkan cuba untuk melakukan semua perkara dalam satu-satu masa, banyak perkara yang saya usahakan hanya siap separuh jalan atau lambat. Saya juga sering hilang FOKUS dan hanyut dalam perkara-perkara yang remeh dan membuang masa. Bukan sahaja tugasan kerja di pejabat yang terganggu dan tertangguh, tetapi juga masa bersama keluarga, masa untuk hobi dan minat serta masa untuk aktif dalam komuniti.
Saya sedar sebenarnya saya telah hilang FOKUS disebabkan mahu melakukan semua perkara dalam satu-satu masa dan sering hanyut dalam perkara yang remeh dan membazir masa.. Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang cemerlang adalah mereka FOKUS dalam melaksanakan kerja, teratur menyusun jadual, mengetepikan perkara-perkara yang remeh dan tidak penting dan sentiasa memenuhi ruang waktu dengan perkara yang bermanfaat.
Atas alasan untuk cuba mendapatkan kembali FOKUS terhadap kerja, masa yang lebih untuk keluarga, hobi dan masayarakat serta memanfaatkan setiap detik dalam hidup, saya cuba mencari tips atau petua dari bahan bacaan dan juga melayari blog. Rupanya banyak petua dan tips yang boleh kita pelajarai dan amalkan. Disini saya kongsikan beberapa tips yang saya perolehi dan sesuai untuk saya pegang dalam mendapatkan kembali FOKUS terhadap kerja dan juga lebih FOKUS untuk hidup yang penuh bermakna.
1. Menulis senarai tugas harian di pejabat dan pastikan tugasan siap dalam tempoh waktu kerja. Dengan senarai yang ada, seseorang itu akan menyiapkan satu-satu tugas dengan FOKUS dan mengikut keutamaan.
2. Kurangkan menonton TV. bagi saya TV adalah candu. Saya pernah terbaca tentang beberapa orang yang berjaya memberikan tips kejayaan dan salah satu daripadanya elakkan menonton TV dan akan mempunyai lebih masa untuk melakukan perkara-perkara lain.
3. Bangun awal di waktu pagi dan luangkan waktu itu bersama keluarga seperti ke taman, jogging dan bersarapan diluar. Khabarnya waktu pagi iaitu sebelum jam 11 pagi adalah waktu yang sesuai untuk FOKUS dan bersama keluarga. Saya tidak tahu akan keberkesanannya dan tidak salah kalau ingin mencuba apatah lagi pada hari cuti dan hujung minggu.
4. Cari ruang untuk bersendiri setiap hari beberapa minit dan renung kembali perkara-perkara yang telah dilakukan.
5. Solat berjamaah di Surau/Masjid di kawasan perumahan. dengan itu, anda akan mempunyai masa untuk hidup bermasyarakat.
6. Manfaatkan waktu cuti atau hujung minggu untuk melakukan apa yang kita minat/hobi. Ini akan memberi ruang untuk kita lebih FOKUS pada kerja pada hari-hari biasa.
7. Meninggalkan pejabat sebelum jam 7 malam (tetapi pastikan tugasan semua telah disiapkan). Ini kerana FOKUS dan prestasi untuk kerja sudah menurun.Ada pendapat mengatakan manusia hanya FOKUS pada kerja dalam tempoh 8 jam dan selepas itu FOKUS akan menurun yang mana mungkin disebabkan kepenatan badan atau otak.
Semoga hidup kita semakin FOKUS dan menyebarkan jutaan kebaikan kepada semua.
m@tmin
23.1.2013
No comments:
Post a Comment