Wednesday, January 30, 2013

PACEMAKER..... Berlari untuk diri sendiri.....

Beberapa hari lepas saya sempat menonton sebuah filem korea bertajuk "Pacemaker". Sebuah filem yang pada saya mampu menyuntik motivasi, hubungan kekeluargaan dan erti sebuah persahabatan. Menonton filem korea bukan bermakna saya meminggirkan langsung filem melayu, malah saya tertunggu-tunggu  untuk menonton Hantu Kak Limah 2.Selepas menonton filem BUNOHAN rasanya tiada lagi filem melayu yang 'boleh' saya tonton selepas itu.

Apa boleh buat, bagi saya filem melayu yang ada sekarang ini tak ada pembaharuan. Begitu juga dengan drama melayu. Balik-balik cerita hantu, lawak plastik, rebut harta, gengster dan cinta yang pada saya sukar untuk dijadikan teladan, menjadi pembangkit semangat dan model untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Apa yang dipaparkan lebih kepada gambaran negatif berbanding positif. Pengarah kita masih cetek pengetahuan untuk memaparkan sesuatu yang negatif itu dengan gambaran yang positif. Asyik-asyik adegan atas katil cuba diketengahkan. Huk aloh.....

Berbalik pada filem "Pacemaker" tadi. Filem ini tak perlu ada adegan atas katil atau bercium namun cukup untuk mengambarkan sebuah percintaan, keteguhan mencapai impian, persahabatan dan hubungan kekeluargaan. "Pacemaker" mengisahkan tentang seorang pelari marathon Joo Man Ho yang telah sering menjadi "Pacemaker" kepada pelari marathon lain. Sepanjang kariernya dia hanya menjadi "Pacemaker".

"Pacemaker" adalah  someone who runs with the marathoner for the first 30 km, making sure the marathoner keeps his pace and such. Then after the 30 km he drops out of the race and lets the marathoner run the rest of the kilometers. Saya baru tahu rupanya dalam sukan marathon ada taktik tertentu untuk memastikan kemenangan.

Disebabkan Joo Man Ho hanya menjadi "Pacemaker", hubungan Joo Man Ho dengan adiknya menjadi dingin.  Selain itu Joo Man Ho sering dipandang rendah oleh rakan sepasukan. Lagi teruk apabila Joo Man Ho mengalami kecederaan kaki kritikal akibat larian yang pernah dibuat sebelum ini sekaligus menutup pintu untuk Joo Man Ho berlari lagi. 

Dan babak seterusnya memaparkan Joo Man Ho cuba mengatasi kecederaan  yang dialami. Ianya berbaloi untuk Joo Man Ho yang akhirnya terpilih mewakili Korea dalam Sukan Olimpik 2012 di London.Seperti biasa, Joo Man Ho hanya berlari sebagai "Pacemaker" sepanjang 30 kilometer. 30 Kilometer hanya untuk negaranya .

Ibarat kata pepatah melayu carik-carik bulu ayam akhirnya akan bercantum jua, adik Joo Man Ho turut hadir ke London untuk memberi sokongan. Sokongan kali ini supaya Joo Man Ho meneruskan larian dan kali ini berlari untuk dirinya sendiri. Larian sejauh 12.195 kilometer lagi untuk impian yang pernah digantungkan pada jiwa. Akhirnya kali ini Joo Man Ho benar-benar mencapai impian dan berlari untuk diri sendiri.

Sebuah filem yang bijak memainkan emosi dan menyelitkan pelbagai sisi positif seperti berikut :

1. Untuk mencapai impian, pengorbanan sering dituntut. Jadi jangan sesekali berputus asa.
2. Lakukan sesuatu yang kita suka bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri.
3. Sokongan keluarga juga memainkan peranan penting bagi seseorang mengapai impian.
4. Sahabat, bukan hanya sewaktu senang, tetapi juga sewaktu susah. itulah sahabat sejati.
5. Mencabar diri boleh memberikan satu kepuasan waalaupun tidak berjaya. sekurang-kurangnya kita mencuba.

Bila lagi pengarah filem di Malaysia mahu mencuba genre sukan dalam menerbitkan filem? Dulu ada filem Gila Bola, sejujurnya filem ini hampeh..... lebih banyak cintan cintun.Huk aloh.....

RM 19.90 yang berbaloi bagi filem "Pacemaker" ini dan harap-harap filem GLOVE yang belum ditonton sama seperti filem "Pacemaker". Berbaloi untuk ditonton berbanding Hantu Dalam Botol Kicap....




m@tmin
31.1.2013

2 comments:

  1. review yg buat saya tertarik nak tengok citer ni. :)

    ReplyDelete
  2. Pn. Zuliana Abuas, terima kasih dan memang sesuai untuk tontonan bersama keluarga.

    ReplyDelete