Pernahkah anda mengalami keadaan yang hidup anda seolah-olah seperti hilang arah tuju, hilang punca dan jiwa rasa kekosongan yang amat sangat. Saya percaya ramai yang terperangkap dengan situasi ini. Saya pernah melalui saat-saat ini dan kadang-kadang situasi ini datang bertandang tidak mengira waktu.
Sejujurnya saya berpendapat kewujudan situasi negatif ini adalah berpunca dari jiwa yang tidak tenang dan terbelenggu dengan 1001 masalah yang tidak berkesudahan. Apabila jiwa seseorang itu tidak tenang dari dalam maka secara automatik perlakuan fizikal luaran yang ditunjukkan adalah lebih menjurus kepada perkara-perkara negatif.
Ramai diluar sana tercari-cari apakah penawar bagi mengubati jiwa yang tidak tenang, mengisi ruang jiwa yang kosong dan mengelakkan dari masalah. Dalam dunia yang moden sekarang ini saya tertanya-tanya wujudkah penawar sedemikian? Berapa kosnya? Yang palig penting apakah iannya berkesan ?
Sedar atau tidak, sebenarnya penawar untuk penyakit-penyakit jiwa ini begitu hampir dengan kita. Malangnya kelemahan semulajadi manusia yang sering lupa dan tidak sedar membuatkan penawar ini jauh walau hakikatnya begitu dekat dengan kita. Apakah penawar itu? Jawapannya adalah SOLAT .
Kenapa SOLAT ? Bila seseorang muslim itu sedang dalam kekosongan jiwa, tidak tenang dan tenteram ianya perlu kembali kepada PENCIPTA iaitu ALLAH. Bagaimana caranya? Berwuduk dan mendirikan SOLAT. Kerana SOLAT itu seolah-olah kita berhadapan dengan ALLAH dan semasa SOLAT diidirikan jiwa sesorang itu akan hanya menumpukan 100% kepada ALLAH.
Sesungguhnya rahsia SOLAT itu amat besar dan hanya dapat kita capai dengan mengerjakan SOLAT. InsyaALLah... dengan mendirikan SOLAT jiwa akan tenteram dan jiwa yang kosong akan terisi dengan penuh makna. Dengan SOLAT, masalah yang membelenggu akan ditunjukkan jalan penyelesaian kerana semasa dalam SOLAT seseorang itu dapat memohon bantuan daripada ALLAH.. Percayalah ALLAH itu Maha Adil pada umatnya.
p.s : Tulisan ini adalah sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dalam mendirikan SOLAT 5 WAKTU dan semoga mampu mengalirkan kebaikan kepada semua. Ingatlah SOLAT itu adalah penawar bagi penyakit jiwa....
m@tmin
14.1.2013
No comments:
Post a Comment